Jaringan tunggal Martinelli memberikan kemenangan buat Arsenal dalam kunjungan mereka ke King Power Stadium.

Arsenal terus menjamin tempat mereka di tangga teratas dalam Liga Perdana Inggeris untuk seminggu lagi.

Ianya hasil daripada kemenangan 1-0 ke atas Leicester di tempat lawan. Arsenal jelas sekali memiliki ciri ciri pasukan juara. Dengan memenangi aksi seperti ini dengan kemenangan tipis.

The Gunners menamatkan rentetan empat perlawanan tanpa kemenangan dengan dua gol lewat di Aston Villa minggu lalu untuk mengawal semula perebutan kejuaraan selepas dirampas sebentar di puncak carta oleh Manchester City.

Anak anak buah Mikel Arteta tidak diberikan hari yang mudah dalam aksi kali ini.

Oleksandr Zinchenko telah diberikan lilitan kapten oleh Arteta sebagai tanda sokongan kepada Ukraine untuk menandakan ulang tahun pertama pencerobohan Rusia ke atas tanah air pemain pertahanan itu.

Eddie Nketiah digugurkan dalam kesebelasan utama, antara isyarat jelas bahawa Arteta tidak boleh menerima mood berbulan madu pada mana mana pemain.

Arteta meletakkan Gabriel Martinelli dan Leandro Trossard yang digandingkan dengan Bukayo Saka di hadapan.

Trossard melakukan rembatan cemerlang pada separuh masa pertama ke sudut atas yang kontroversi. Di mana gol itu dibatalkan oleh VAR kerana kekasaran Ben White terhadap penjaga gol Leicester Danny Ward.

Tetapi gol Martinelli tidak dapat dinafikan seminit memasuki babak kedua apabila dia dengan tenang menyudahkan hantaran Trossard yang licik.

Gol kedua Bukayo Saka juga dibatalkan, kali ini kerana ofsaid.

Arteta jelas resah dengan penyudah pasukannya, kerana mereka mendominasi permainan tetapi tidak dapat menjaringkan lebih banyak gol.

Dari segi pertahanan, Arsenal sangat cemerlang. Membenarkan lawan hanya melakukan 1 percubaan sahaja sepanjang 90 minit.

Tamat perlawanan Leicester 0 Arsenal 1. Jaringan tunggal Gabriel Martinelli memberikan Arsenal 3 mata berharga dan meletakkan mereka 2 mata di atas Man City dalam persaingan kejuaraan.

Ini selepas Man City turut mencipta kemenangan dalam aksi berikutnya pada semalam.

Skuad bimbingan Pep Guardiola berjaya mengatasi tekanan awal dihadirkan oleh Arsenal dengan kemenangan 4-1 ke atas Bournemouth.

Menjadikan persaingan kejuaraan liga terus sengit di antara kedua dua pasukan musim ini.