Arsenal menunggu sehingga masa kecederaan untuk mencetak 2 gol pada minit akhir bagi membolehkan mereka meraih 3 mata.

Arsenal memulakan perlawanan dengan sangat buruk sekali ketika mereka berusaha untuk bangkit daripada 4 perlawanan tanpa kemenangan.

Di mana high pressing mereka diatasi dengan mudah dan mendedahkan ancaman awal pada perlawanan ini. Watkins menjaringkan gol pada minit ke-5 perlawanan.

Arsenal segera memberikan respon dengan membala gol itu menerusi gol cantik Bukayo Saka.

Kesilapan Tyrone Mings yang menanduk bola lemah di dalam kotak penalti sendiri, dihukum Saka dengan rembatan deras yang menewaskan Emi Martinez pada minit ke-16.

Pada minit minit ke-31, Phil Coutinho meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan sekali lagi. 

Kedua dua pasukan masuk ke bilik persalinan dengan Aston Villa mendahulu 2-1.

Bersambung babak kedua, Arsenal terus cuba mencipta peluang di hadapan gol.

Aston Villa cuba memerangkap mereka dengan serangan balas. Villa sebenarnya berjaya melakukan beberapa serangan balas tetapi produk akhir mereka menghampakan.

Arsenal akhirnya menyamakan kedudukan pada minit ke-61. Kali ini Zinchenko membidik tepat dari luar kotak penalti dengan rembatan rendah terus menewaskan Emi Martinez.

Arsenal mendapat satu lagi peluang beberapa minit kemudian, tetapi penyudah Eddie Nketiah tidak cukup bagus untuk menewaskan Emi Martinez.

Pada minit ke-76, Martin Odegaard memiliki peluang keemasan namun gagal menyempurnakannya.

Tidak lama kemudian, Gabriel memiliki peluang keemasan di hadapan gol. Namun tandukannya meliar.

Pada masa kecederaan Jorginho melakukan percubaan dengan outside boot yang sangat cantik dan masuk.

Ianya adalah potensi gol kemenangan buat Arsenal.

Aston Villa mendapat peluang terakhir menerusi sepakan penjuru. Membuatkan Emi Martinez naik.

Dan Arsenal menyerang balas dengan tiada penjaga gol di belakang. Mudah buat Martinelli memberikan kemenangan 4-2 buat Arsenal. 2 Gol masa kecederaan itu membolehkan Arsenal kembali ke tangga teratas 3 mata di atas City.