LaLiga sebenarnya menjadi liga yang mencatatkan 5 daripada 10 rekod perpindahan termahal sepanjang zaman dalam bola sepak.

Javier Tebas selalu mengutuk Liga Perdana Inggeris sebagai punca inflasi dalam bursa perpindahan pemain. Tebas meminta UEFA meniru cara LaLiga mengendalikan ekonomi kelab kelabnya dan mengimplementasikannya pada liga liga lain.

Terbaru, Tebas dengan Javier Gomez dari LaLiga melabel EPL menipu dan doping dalam perpindahan pemain.

Ternyata LaLiga sebenarnya yang memulakannya. Sejak dari dulu lagi kelab seperti Real Madrid dan Barcelona seringkali bersaing menjadi pasukan yang memecahkan rekod dunia dalam perpindahan.

Real Madrid pada era Galaticos dan era ‘New Galaticos’ (merujuk kepada era CR7 dan Kaka) beberapa kali mendapatkan pemain dengan rekod dunia.

Barcelona ketika itu cuba membeli Phillipe Coutinho. Dan selepas Liverpool berkeras enggan menjual pemain itu pada pra musim, maka mereka membelanjakan wang untuk membeli Ousmane Dembele dengan pakej keseluruhan €140 juta.

Pada jendela perpindahan berikutnya, pada Januari 2018, Barcelona mendapatkan Coutinho dengan harga €135 juta. Selepas pemain itu dibenarkan untuk meninggalkan Liverpool pada Januari kerana berterusan mendesak perpindahan ke kelab impiannya itu.

Seterusnya, PSG pula datang membeli Neymar dengan  rekod dunia €222 juta. Kerana Barca ketika itu enggan menjual pemain itu. Angka €222 juta itu adalah klausa pelepasan pada kontrak Neymar.

Perpindahan yang ketika itu dianggap Wenger sebagai ledakan kepada harga pemain dan Wenger menyatakan bahawa selepas ini, €100 juta untuk seorang pemain adalah perkara biasa. Ternyata ianya benar.

Dan pada musim berikutnya pada musim 2019/20, La Liga mencatatkan 2 lagi perpindahan lebih €120 juta.

Atletico Madrid mendapatkan pemain remaja, Joao Felix dengan €127 juta daripada Benfica. Dan kemudian Griezmann menyertai Barcelona dengan €120 juta.

Pada Januari musim yang sama, musim 2019/20, Real Madrid dengan selamba membeli pemain yang baki kontraknya hampir tamat 6 bulan lagi iaitu Eden Hazard dengan nilai perpindahan €115 juta.

Sebelum itu Real Madrid sempat menjual Ronaldo €115 juta ke Juventus pada musim 2018/19, selepas kempen Piala Dunia 2018 di Rusia.

Secara keseluruhannya, ini adalah rekod 10 perpindahan termahal dalam bola sepak setakat ini. Ternyata Tebas tidak boleh terlalu menyalahkan EPL sepenuhnya dalam isu inflasi harga pada bursa perpindahan.

Kerana 5 perpindahan termahal dari kalangan 10 perpindahan termahal setakat ini dicatatkan oleh kelab LaLiga. Enzo Fernandez yang baru diumumkan sebagai rekod perpindahan tertinggi ke Liga Inggeris hanyalah berada di tangga kelima.