Penyerang skuad kebangsaan Jepun, Kyogo Furuhashi menjaringkan hatrik ketika membantu Celtic membelasah Dundee United dengan keputusan 9-0.

Celtic bertandang ke Stadium Tannadice Park yang merupakan laman Dundee dan mereka hadir dengan rekod tanpa kalah dimana sebelum ini Celtic meraih empat kemenangan dalam empat perlawanan liga yang dihadapi.

Kyogo Furuhashi menjaringkan hatrik pada separuh masa pertama dimana beliau menemui sentuhan jaringan pada minit ke-15, 40 dan masa tambahan separuh masa pertama sekaligus memberikan kelebihan tiga gol buat Celtic.

EPL: Liverpool Bantai Bournemouth 9-0, Firmino Terlibat Dalam 5 Gol

Seorang lagi pemain, Liel Abada turut menjaringkan tiga gol dan tiga lagi jaringan disumbangkan oleh Jota, Josip Juranović dan Carl Starfelt sekaligus melengkapkan kemenangan besar Celtic.

Kemenangan ke atas Dundee United ini cukup bermakna apabila Celtic memecahkan rekod tersendiri dimana mereka mencipta kemenangan terbesar di tempat lawan dalam saingan Liga Scotland.

Tiga gol yang dijaringkan oleh Furuhashi menjadikan beliau sebagai penjaring terbanyak Liga Scotland ketika ini dengan enam gol, mengatasi pemain Aberdeen, Bojan Miovski (5 gol) dan rakan sepasukan iaitu Abada (4 gol).

Kemenangan 9-0 Celtic menyamai catatan cemerlang kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Liverpool dimana mereka turut mencipta kemenangan besar dengan menewaskan Bournemouth di laman sendiri.

Gol Liverpool dijaringkan oleh Trent Alexander-Arnold, Roberto Firmino, Harvey Elliot, Luis Diaz, Virgil van Dijk, Fabio Carvalho dan gol sendiri oleh Chris Mepham sekaligus mencatat kemenangan pertama musim ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Eropah di sini:

EPL: Gabriel Tebus Kesilapan Untuk Kekalkan Permulaan Sempurna Arsenal

UCL 2022/23: Inter Milan Tak Gentar Ancaman Bayern, Barcelona