Di Anfield, Liverpool bantai Bournemouth tanpa belas dengan kedudukan 9-0. Paling menarik, Roberto Firmino yang sebelum ini kali terakhir menjaringkan gol di Anfield dalam aksi liga pada 2020 yang lalu, berjaya mencetak 2 gol dan melakukan 3 assist.

Ini adalah kemenangan sulung Liverpool dalam kempen EPL musim ini selepas permulaan yang agak mengecewakan. Mereka seri 2 kali dan tewas sekali di tangan musuh tradisi mereka Manchester United.

EPL: Manchester United Tewaskan Liverpool, Ten Hag Nikmati Kemenangan Pertama Yang Bermakna

Dalam masa 6 minit pertama, Firmino menyumbang 2 assist. Masing masing kepada Luis Diaz minit ke-3 dan kemudian Harvey Elliot pada minit ke-6.

Pada minit ke-28, penyerang antarabangsa Brazil itu mencetak assist ketiganya, dengan hantaran mudah yang disempurnakan Trent Alexander Arnold dari luar kotak penalti. Ianya gol tercantik perlawanan ini.

Trent membantu Liverpool membelasah Bournemouth

Pada minit ke-31, Firmino memahatkan namanya sebagai penjaring gol untuk The Reds. Di mana dia menampan bola masuk dengan menghulurkan kakinya.

Bournemouth yang lemas dalam awal setengah jam pertama kemudian terus dirundung malang. Kali ini Virgil Van Dijk menjadikan kedudukan 5-0 menerusi tandukan cantik, hasil umpanan Robertson daripada sepakan penjuru.

Separuh masa pertama berakhir dengan Liverpool bantai Bournemouth 5-0.

Pada separuh masa kedua, Scott Parker bermain dengan sistem bek berlima. Tetapi minit pertama separuh masa kedua, mereka sudah melepaskan 1 lagi gol. Kali ini jaringan sendiri oleh Chris Mepham.

VAR mengesahkan gol tersebut adalah sah kerana Diaz yang berada di kedudukan ofsaid tidak mengganggu bola secara langsung.

Minit ke-62, Firmino menjadikan kedudukan 7-0. Ianya adalah sumbangan kelima Firmino secara langsung kepada gol Liverpool daripada 7 gol pertama mereka.

Liverpool terus bernafsu mencari gol. Hasilnya, pada minit ke-80 Fabio Carvalho melakukan voli cantik untuk gol kelapan Liverpool. Ianya bermula daripada hantaran Trent Alexander Arnold yang disambut oleh Kostas Tsimikas terus melorongkan kepada Carvalho.

Tidak berpuas hati dengan 8 gol, Liverpool menambah satu lagi gol menerusi Luis Diaz pada minit ke-85.

Tamat perlawanan Liverpool bantai Bournemouth 9-0.

Dalam satu lagi perlawanan, Manchester City berjaya bangkit daripada ketinggalan 2 gol untuk menang 4-2 ke atas Crystal Palace.

Sementara Chelsea, sekali lagi bermain 10 pemain dan berjaya memastikan kemenangan 2-1 yang mendebarkan di Stamford Bridge ke atas Leicester.

Baca juga:

Manchester United Sedia Bida Antony €90 Juta, Ajax Minta €100 Juta

Tuchel Mahu Hentikan Jorginho Ambil Penalti Untuk Tamatkan ‘Sumpahan’ Penyerang