Kelab Kuching City FC dalam satu perkongsian melalui laman sosial Facebook rasmi mereka semalam telah melancarkan pembukaan kedai dobi pertama sebagai salah satu usaha untuk menjana pendapatan kelab dimasa hadapan.

Menggunakan francise jenama Laundrybar yang memang sudah memiliki reputasi yang besar dalam industri dobi, Kuching City FC bakal memperolehi pendapatan tambahan dari perkhidmatan cucian tersebut untuk tempoh jangka masa yang lebih lama.

“Alhamdulillah. Kuching City FC membuka kedai dobi kami yang pertama. Ini adalah langkah pertama kami dalam usaha untuk menjana pendapatan untuk kelab. Semoga perancangan kami dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. ”

Inisiatif ini juga menggambarkan pihak pengurusan kelab tahu bagaimana mereka sebenarnya perlu lebih proaktif mencari sumber pendapatan yang hampir boleh dikatakan automatik disamping kos-kos penyelenggaran dan perbelanjaan yang minimum.

Sebelum ini Kerteh FC, sebuah kelab dalam saingan M4 telah melancarkan kerjasama mereka dengan syarikat beras tempatan di Terengganu dan sambutan terhadap beras Kerteh FC adalah diluar jangkaan!

Semoga dengan pembukaan kedai dobi yang pertama ini akan membawa Kuching City FC ke tahap seterusnya dalam mengembangkan perniagaan dan menambah pendapat kelab demi kelestarian operasi mereka dimasa akan datang.

Nota: Bagi mereka yang berada di Sarawak khusunya dikawasan Kuching, lokasi dobi ini terletak di Jalan Semarak (di bawah SS Fighters Muay Thai Gym).

Tahniah Kuching City FC!

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

500kg Beras Kerteh FC Berjaya Dijual Dalam Tempoh 1 Hari Selepas Pelancaran, Memang Laku Keras!

Modal Keras Menanti Ekor Harimau Malaya Ke Singapura, Kos VTL Sahaja Sekitar RM800 Seorang

Hampir 1,000 ‘Joyah’ Terjual Dalam Tempoh 19 Hari, Bukti Kelab Bola Sepak Mampu Pacu Ekonomi IKS