Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kelab Bola Sepak Kerteh bersama Yacob Tahir Enterprise Sdn Bhd hari ini melancarkan beras Premium Super Import Cap Buah-Buahan sebagai salah satu produk terbaharu kelab.

Majlis pelancaran ringkas telah diadakan di ibu pejabat syarikat kelab, KAL Services Sdn Bhd, Kerteh sebentar tadi.

Dalam majlis ringkas ini, wakil kedua-dua belah pihak telah menzahirkan rasa gembira dengan termeterainya kerjasama ini setelah perbincangan awal dilakukan sejak Oktober tahun lalu.

Lebih membanggakan logo, warna rasmi dan elemen-elemen kelab bukan sahaja berada pada plastik bungkusan beras tetapi ianya juga akan turut diletakkan pada kenderaan pengangkutan seperti lori tangki dan kargo syarikat tersebut bagi tujuan iklan dan komersial. Manakala logo beras Cap Buah-Buahan pula akan diletakkan pada lengan jersi utama Kerteh FC.

“Pihak kami merasa yakin dengan kekuatan jenama Kerteh FC yang merupakan sebuah kelab yang sedang membangun serta mempunyai nilai komersial tambahan di pasaran apatah lagi ia adalah antara pasukan bola sepak komuniti yang sedang mencipta nama ketika ini.

“Sebelum ini pasaran beras cap buah-buahan kami hanyalah tertumpu di daerah Setiu, Besut, Bachok dan Pasir Putih sahaja. ”

“Dengan kerjasama bersama Kerteh FC ini, ianya dapat menambahkan lagi keyakinan kami bahawa kerjasama ini akan membawa jenama beras kami ke pasaran yang lebih luas capaiannya selepas ini” – Ketua Pegawai Eksekutif Yacob Tahir Enterprise Sdn Bhd, Mohamad Adam Suffian Yacob.

“Memanfaatkan pemasaran melalui medium sukan bola sepak kini telah menjadi satu trend baharu kepada Industri Kecil dan Serdahana (IKS) di dalam negara ketika ini. Kami percaya hubungan keusahawanan dan perniagaan dalam industri sukan dapat membuka jalan yang lebih luas kepada mana-mana IKS dalam mengembangkan perniagaan mereka.

“Harapan kami, kerjasama bersama syarikat Yacob Tahir Enterprise ini akan dapat dipertingkatkan lagi pada masa hadapan. Ini kerana syarikat ini bukan sahaja hanya mengeluarkan beras tetapi ada juga beberapa produk barangan asas yang lain seperti minyak masak, telur, garam dan lain-lain lagi.” – Mohd Razeman Mat Nashim, Presiden Kerteh FC.

Bermula hari ini, peminat dan penduduk Kerteh boleh merasai keenakkan Beras Super Premium Cap Buah Buahan di kedai-kedai runcit terpilih sekitar Kerteh, Kemasik dan akan berkembang lebih luas lagi selepas ini di daerah Kemaman dan Dungun.

Untuk rekod syarikat Yacob Tahir Enterprise Sdn Bhd ini telah beroperasi sejak
1981.

Sekitar bulan April 2021 yang lalu, Kerteh FC juga pernah membawa satu produk yang dikenali sebagai Joyah Kerteh FC dan berjaya memasarkan produk itu sehingga ke Singapura.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.

Netizen Indonesia ‘Koyak’ Selepas Adidas Lancarkan Kasut Bertemakan Wayang Kulit ‘Berasal Dari Malaysia’

Kedah Bertemu JDT Rekodkan 1.87 Juta ‘Views’ Dari Keseluruhan 3.77 Juta Untuk 4 Perlawanan Piala Malaysia

“Hang Tak Pakai Seluaq Lagi Aku Main Bola Dah, Diet Apa Diet?” – Respon Selamba Sanusi Md Nor Kepada TMJ

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group