Kim Pan-gon sasar 3 mata ketika aksi derbi antarabangsa menentang Singapura. Pada masa yang sama meminta sokongan padu daripada rakyat Malaysia pada aksi yang dianggap penting.

Sebarang keciciran mata oleh Malaysia, bakal meletakkan Harimau Malaya dalam bahaya. Oleh sebab itu Kim Pan-gon mahu pemain sedar akan kepentingan perlawanan ini dan turun dengan mentaliti serta pendekatan yang betul.

Jurulatih Malaysia itu menyatakan bahawa para pemainnya sudah menikmati rehat yang cukup serta sudah bersedia untuk aksi menentang Singapura.

Kim Pan-gon berkata: “Sebaik sahaja tiba dari Vietnam, para pemain sudah pulih dengan sebaiknya dan persiapan kami berjalan lancar.”

“Semua orang tahu ini adalah perlawanan mustahak pada esok. Saya percaya semua pemain Harimau Malaya dan staf kejurulatihan sudah bersedia untuk aksi esok.”

Kim Pan-gon menyatakan kedua dua pasukan ada kelebihan masing masing. Dan Malaysia akan cuba menggunakan kelebihan sebagai tuan rumah untuk  memenangi perlawanan ini.

Kim Pan-gon sempat membandingkan kekentalan pasukan Singapura berbanding dengan Vietnam.

Beliau menambah: “Mereka ada kelebihan, begitu juga dengan skuad kita. Dan kita akan menggunakan sepenuhnya kelebihan beraksi di tempat sendiri. Kita akan mendapat sokongan padu daripada para penyokong yang ada sini.”

“Rasanya pemain pemain Malaysia akan memberikan yang terbaik berjuang untuk perlawanan esok.”

“Ya, saya sebenarnya hadir menyaksikan aksi antara Singapura dan Vietnam.”

“Perlawanan yang sangat sukar untuk saya memberikan penilaian, kerana pada pandangan saya, Vietnam tidak ada kesungguhan dan keiginan”

“Jika mereka [Vietnam] berterusan bermain seperti itu, mereka tidak akan mampu memenangi apa apa.”

“Singapura pula pasukan yang sangat kuat dan kental.”

“Mereka memiliki semangat dan keinginan yang lebih kuat daripada Vietnam.”

Kini Kim Pan-gon sasar 3 mata milik Malaysia dan yakin skuad Harimau Malaya memiliki segala kualiti diperlukan untuk memenangi perlawanan tersebut.

“Dan kita mahu para pemain kita beraksi dengan cara yang sama seperti itu pada esok. Perlawanan itu akan bergantung kepada sejauh mana keinginan dan kesungguhan kita untuk berjuang,” jelas pengendali asal Korea Selatan itu.

“Jika kita menggunakan pendekatan yang betul, menghormati sepenuhnya lawan kita Singapura, menghormati sepenuhnya tentang betapa pentingnya perlawanan esok, maka ianya akan menjadi cerita yang berbeza.”

“Saya percaya pemain pemain Harimau Malaya kita sangat matang, sangat profesional.”

“Walaupun saya hanya tinggal bersama dengan kebanyakan daripada mereka kira kira 4 minggu, namun saya dah dapat melihat pemain pemain ini sangat matang, profesional.”

“Jadi saya percaya esok mereka akan turun dengan pendekatan yang betul untuk bertarung, menghormati lawan, mempamerkan aksi yang baik serta berharap akan mendapat keputusan yang baik.”

Kim Pa-gon kemudian berkata dia tidak perlu bercakap terlalu banyak sebelum perlawanan. Kerana fokusnya adalah untuk menghadiahkan kemenangan kepada peminat bola sepak Malaysia.

Beliau juga meminta seluruh penyokong Malaysia memberikan sorakan padu dan menjadikan ianya detik istimewa.

“Datang sokong kami esok, dan kami akan memberikan aksi yang terbaik untuk kamu.”

Ditanya tentang pandangannya tentang perlawanan menentang Vietnam. Kim Pan-gon berpuas hati dengan prestasi para pemainnya.

Kim Pa-gon tidak berminat bercakap soal pengadilan kerana ianya akan meletakkannya dalam bahaya. Ditambah pula perlawanan itu sudah berlalu.

“Saya sudah menonton kembali perlawanan itu 3 kali. Dan saya simpulkan ia perlawanan yang bagus. Kita mendominasi perlawanan sehinggalah mereka menjaringkan gol daripada situasi bola mati.”

“Kita menguasai perlawanan, dan menghalang mereka daripada melakukan sesuatu. Biasanya mereka [Vietnam] mendominasi lawan mereka. Namun para pemain kita melakukan aksi yang baik. Jangan takut, teruskan!”

“Selepas perlawanan Vietnam itu, saya kini lebih yakin dengan para pemain saya untuk mempamerkan aksi yang baik selepas ini.”