Malaysia kalah di tangan Vietnam di Stadium MyDinh di mana tuan rumah bergantung kepada sistem chain of 5 yang berdisiplin sepanjang 90 minit.

Permulaan

Kedua dua pasukan bermula dengan sistem back 3 dengan formasi 3-4-3.

Vietnam menerima kembali khidmat Dang Van Lam di depan gawang mereka. Tumpuan pastinya kepada Nguyen Tien Linh yang sangat licik.

Malaysia bermain dengan sistem 3-4-3. Menggandingkan Darren Lok dengan Lee Tuck di barisan serangan. Lee Tuck biasanya bermain di peranan tengah.

Malaysia bermula dengan high pressing

Malaysia terus memasuki gear tinggi dalam sistem pressing mereka.

Di mana Harimau Malaya melakukan desakan dan tekanan segera di kawasan tinggi berbanding dengan Vietnam yang lebih berasaskan sistem pragmatik untuk fokus kepada turun secara berpasukan.

Sistem ini sebenarnya dilakukan dengan baik pada awal permainan. Namun Malaysia tidak dapat mengekalkan corak permainan  yang sama selepas Vietnam sentiasa ada jawapan untuk memenangi semula bola di zon rendah.

Kemudian Vietnam dikurangkan kepada 10 pemain pada minit ke-32.

Malaysia seharusnya menggunakan peluang ini dengan memanfaatkan kelebihan seorang pemain.

Namun malangnya, Malaysia gagal mencipta peluang lebih baik. Walaupun ada beberapa percubaan, namun hakikatnya, tiada gol terhasil daripada kedudukan ini.

Vietnam mengekalkan sistem chain of 5 mereka ketika bertahan. Di mana Park Hang Seo tidak mahu menukar sistem kepada back 4 dengan 10 pemain.

Ini struktur asas Vietnam ketika bertahan dengan 5-3-1.

Bermakna, Vietnam mengorbankan sistem serangan mereka untuk mengetatkan unit tengah dan pertahanan.

Malaysia tidak dapat memanipulasi kekurangan Vietnam ini.

Malah lebih diburukkan keadaan apabila Malaysia dikurangkan kepada seorang pemain, ditambah dengan penalti yang disempurnakan Vietnam untuk gol kedua.

Vietnam bermain secara fizikal

Sebenarnya bukan perkara baharu untuk melihat Vietnam di bawah Park Hang Seo akan cuba membuli lawan mereka dengan permainan fizikal. Kecuali lawan mereka di luar ASEAN yang memiliki saiz fizikal lebih bagus.

Dalam aksi ini, setiap kali situasi bola mati, Vietnam akan memenuhkan kawasan gol Malaysia dan memberikan hari yang sukar untuk pertahanan Malaysia yang rata rata tidak mampu bersaing secara duel fizikal 1 v 1.

Sebelum perlawanan, pemain Vietnam Nguyen Van Quet sudah memberikan bayangan bahawa mereka dipersiapkan dengan sistem lebih fizikal. Memandangkan Malaysia memiliki beberapa pemain naturalisasi yang dianggap memberikan kelebihan secara fizikal kepada Malaysia.

Dia berkata: “Saya berharap, bermain menentang Malaysia, seluruh pasukan kami akan memberikan usaha 100% di atas padang.”

“Malaysia sebelum ini sudah memenangi 2 perlawanan awal mereka. Dan mereka sudah memiliki tahap keyakinan tertentu.”

“Tetapi [saya nak ingatkan bahawa] kali ini mereka akan berdepan dengan cabaran lebih besar iaitu pasukan Vietnam.”

“Skuad mereka kali ini sangat berbeza dengan skuad mereka yang sebelum ini. Lebih kuat dan lebih ramai pemain naturalisasi dengan teknik lebih baik.”

“Secar peribadi, saya rasa perlawanan ini sangat seimbang antara kedua dua pasukan. Tetapi Vietnam tetap ada kelebihan sebagai pasukan tuan rumah.”

Ini bukti Vietnam sudah benar benar bersedia untuk perlawanan ini dengan sepenuhnya.

Malangnya dalam aksi kali ini, Malaysia tidak cukup bagus dari segi fizikaliti.

Malaysia bermasalah dengan disiplin secara unit

Gol pertama terhasil dengan sangat mudah daripada sistem ini. Malaysia bergelut dengan disiplin bertahan secara berpasukan dan individu.

2 daripada gol Vietnam adalah masalah ketika bertahan secara unit.

Gol pertama daripada situasi bola mati:

Gol ketiga Vietnam pula terhasil daripada kegagalan pemain berada dalam garis selari di garisan tinggi.

Sementara gol kedua yang kontroversi, secara teknikalnya akan dikira masalah individual error kerana pertahanan memberikan penalti.

Pengurusan permainan Vietnam separuh masa kedua

Vietnam ada pengurusan taktikal lebih jelas. Mereka cuba bermain dengan fizikal dan sentiasa menekankan disiplin secara unit.

Itulah gameplan mereka.

Keadaan kembali membuatkan mereka berpeluang bermain dengan lebih terbuka ketika pemain Malaysia turut dibuang padang.

Secara asasnya, Malaysia berdepan dengan masalah konsentrasi kerana gaya permainan provokatif Vietnam yang membuatkan pemain hilang fokus.

Malaysia akan menyesali kegagalan mereka tidak menyediakan taktikal ‘extra man’. Kerana itulah peluang Malaysia mendapatkan sesuatu lebih baik dalam permainan ini.

Rumusan

Ketika Vietnam beraksi dengan 10 pemain, mereka bergantung kepada sistem Chain of 5 mereka. Dan ketika mereka berada dalam situasi 10 v 10, sistem Chain of 5 itu dikekalkan dengan asas 5-3-1, cuma lebih terbuka ketika menyerang.

Malaysia turut bermain dengan sistem chain of 5 ketika bertahan, namun dari segi disiplin taktikal, Malaysia ada masalah. Ini ditambah dengan kontroversi pengadil yang benar benar mencabar mentaliti pemain untuk kekal fokus.