Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

4 perlawanan suku akhir 1 saingan TM Piala Malaysia 2021 berlangsung semalam dengan 3 pasukan berjaya mencatatkan kemenangan iaitu Terengganu, Kuala Lumpur City dan Melaka United.

Sambutan terhadap semua 4 perlawanan ini boleh dikatakan menggalakkan terutamanya jika dilihat dari jumlah views diplatform Youtube rasmi unifi, apabila 3,775,907 views dicatatkan ketika artikel ini ditulis.

Keputusan perlawanan suku akhir 1 TM Piala Malaysia 2021 adalah seperti berikut.

Berikut adalah pecahan jumlah views dari platform Youtube unifi bagi setiap perlawanan Suku Akhir 1 TM Piala Malaysia 2021;

  • Kedah bertemu JDT: 1,873,721
  • Terengganu bertemu Sarawak United: 777,752
  • Sabah bertemu Melaka United: 625,607
  • Selangor bertemu Kuala Lumpur City: 498,827

Mengikut angka-angka diatas, perlawanan Kedah bertemu JDT di Stadium Darul Aman telah berjaya menrekodkan 1,871,621 views, dimana angka ini adalah 49.6% dari keseluruhan views untuk perlawanan suku akhir 1 TM Piala Malaysia 2021.

Perlawanan Selangor bertemu Kuala Lumpur City pula menjadi perlawanan dengan jumlah views paling sedikit apabila merekodkan angka dibawah 500,000 views.

Jika diperhatikan, ada lebih 1 juta views yang membezakan perlawanan pasukan Kedah bertemu JDT semalam, dan berkemungkinan sedikit sebanyak berpunca dari isu berbalas ‘tembakan’ diantara TMJ dan Sanusi di sosial media sejak 2 hari yang lalu.

Apakah pertembungan suku akhir 2 TM Piala Malaysia 2021 yang akan berlangsung pada 18 November nanti bakal menyaksikan jumlah views yang lebih tinggi atau pun sebaliknya, sama-sama kita nantikan.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

“Hang Tak Pakai Seluaq Lagi Aku Main Bola Dah, Diet Apa Diet?” – Respon Selamba Sanusi Md Nor Kepada TMJ

Modal Keras Menanti Ekor Harimau Malaya Ke Singapura, Kos VTL Sahaja Sekitar RM800 Seorang

Park Hang-seo ‘Confess’ Vietnam Gagah Dalam ‘Kolam ASEAN’ Sahaja, Asia Masih Jauh Untuk Dikejar

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group