Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemain kacukan Malaysia-Iraq, Jaami Qureshi mengunjungi Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekaligus menunjukkan usaha beliau untuk beraksi bersama skuad kebangsaan Malaysia.

Perkara ini dikongsikan bapa Jaami iaitu Perviz Qureshi menerusi laman Instagram Story miliknya yang menunjukkan anaknya mengambil gambar di lobi pejabat badan bola sepak negara itu.

Sebelum ini, Jaami memberi bayangan beliau bakal beraksi bersama skuad kebangsaan Iraq selepas mengucapkan terima kasih di atas segala sokongan yang diberikan kepadanya.

“Peminat Iraq, terima kasih di atas sokongan anda dan saya harap kita dapat bertemu dalam waktu terdekat,” kata Jaami.

Perviz mendedahkan skuad kebangsaan Iraq ada menghubungi anaknya mengenai kemungkinan untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan itu. Menurut Perviz, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut menghubungi mereka pada Jun tahun 2020 dan namun tiada sebarang perbincangan lanjut mengenai usaha meyakinkan Jaami untuk beraksi bersama pasukan negara.

Akan tetapi, selepas kunjungan anaknya ke Wisma FAM baru-baru ini, ada kemungkinan Jaami Qureshi bakal menyarung jersi skuad kebangsaan sekaligus menjadi pemain kacukan terbaru yang mewakili Malaysia selepas beberapa pemain lain seperti Matthew Davies, Brendan Gan, Darren Lok, La’Vere Corbin-Ong dan Junior Eldstal.

Pemain berusia 18 tahun itu ketika ini sedang menjalani ujian bersama kelab yang dimiliki oleh taikun dari Malaysia, Tan Sri Vincet Tan iaitu Cardiff City setelah dilepaskan oleh Brighton & Hove Albion.

Musim lalu, Jaami membantu Brighton menjuarai saingan Premier League Cup B-17 tahun selepas mengalahkan Middlesbrough di pentas akhir. Sepanjang saingan peringkat kumpulan dan kalah mati, Qureshi menyumbang satu gol iaitu pada perlawanan suku akhir menentang Southampton yang mana Brighton berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 6-1.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan kebangsaan di sini:

Malaysia Bakal Hadapi Dua Aksi Persahabatan Pada September

Skuad B-23 Tahun Negara Bakal Dirombak

Kim Pan-gon Ucap Terima Kasih Kepada TMJ Kerana Menyalur 15 Pemain JDT Untuk Harimau Malaya

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group