Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh memberikan pandangan mengenai insiden yang melibatkan pengadil dan pemain Selangor, Fazly Mazlan dalam aksi suku akhir Piala FA semalam.

Pengadil perlawanan, Suhaizi Shukri menendang Fazly ketika pemain itu cuba membantah keputusan pengadil yang memberikan sepakan percuma kepada Sabah pada separuh masa pertama.

Tindakan Suhaizi ini nyata membangkitkan amarah peminat Selangor dimana dia dianggap bersikap tidak profesional serta tidak menghormati pemain. Malah peminat mahu FAM untuk mengambil tindakan tegas terhadap Suhaizi.

Selepas insiden ini berlaku, Subkhiddin kemudiannya memberikan pandangan di laman media sosial Twitter miliknya dimana beliau mahu pihak yang bersalah untuk diadili dengan sewajarnya.

Menurut beliau, tiada pengecualian perlu diberikan kepada mana-mana pihak, dan segalanya perlu dinilai dengan sebaik mungkin buat pengadil dan pemain terlibat.

“Tiada pengecualian terhadap mana-mana pihak, lebih-lebih lagi pengadil. Yang bersalah perlu diadili dengan sewajarnya. Saya perhatikam tangan pemain berkenaan terdapat sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku di situ. Biar mereka diadili dengan sebaiknya,” katanya.

Pada perlawanan di Likas semalam, Selangor berjay memperoleh kemenangan dengan keputusan 2-0 menerusi jaringan daripada dua pemain import iaitu Hyuri Henrique dan Caion sekaligus mara ke peringkat separuh akhir.

Di peringkat separuh akhir, Selangor akan turun menentang Terengganu yang berjaya menewaskan Kuching City dengan keputusan 4-1 dalam satu lagi aksi suku akhir.

Sebagai rekod, Selangor merupakan juara lima kali dimana kali terakhir mereka menjulang Piala FA pada musim 2009 selepas berjaya menundukkan Kelantan menerusi penentuan sepakan penalti.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Piala FA 2022: Penang Pamer Kebangkitan Untuk Tempah Aksi Separuh Akhir Berdepan JDT

Piala FA 2022: Selangor Mara Bergaya, Sabah Berputih Mata

Piala Futsal Malaysia: Dominasi Berterusan Selangor MAC, Pahang Rangers Hampa Lagi