Jurulatih timnas B-22 Indonesia mahu pulang dengan kilauan pingat emas Sukan SEA ketika pulang dari bumi Kemboja.

Indonesia akan bertemu Thailand dalam aksi final acara bola sepak Sukan SEA.

Keyakinan Indonesia dipacu oleh kejayaan menewaskan Vietnam, yang dianggap pilihan utama kejohanan kali ini membuatkan mereka yakin untuk memenangi emas Sukan SEA kali ini.

Indonesia menang 3-2 ke atas Vietnam dengan 10 pemain dan jaringan lewat perlawanan. Ianya menamatkan rekod 12 tahun tanpa kemenangan Indonesia ke atas Vietnam.

Bola sepak Indonesia telah dilanda banyak masalah dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Daripada tragedi Kanjuruhan yang mengorbankan ratusan nyawa sehinggalah peristiwa dilucutkan hak penganjura Piala Dunia Belia FIFA 2023.

Ianya kerana pendirian negara berkaitan Israel dari segi diplomatik dan membuatkan hak penganjuran mereka dilucutkan ketika negara itu sudah menyiapkan fasiliti dengan nilai jutaan dollar.

Jadi, Indra berharap pingat emas akan menjadi pengubat luka bola sepak Indonesia.

“Betul, kami baru sahaja diumumkan dua bulan lalu untuk tidak menjadi tuan rumah Piala Dunia,” kata Indra Sjafri.

Indra juga berharap kejayaan di Sukan SEA akan menjadi nadi kebangkitan bola sepak Indonesia secara keseluruhan.

“Dan saya berharap momentum Sukan SEA akan menjadi detik kebangkitan sekiranya kita ditakdirkan untuk menjadi yang terbaik.”

“Dengan kemenangan ini diharap dapat menjadi pembakar semangat kepada PSSI dan bola sepak Indonesia,” kata Indra.

Indonesia sedar bahawa bukannya tugas mudah untuk mengalahkan Thailand. Memandangkan pasukan kebangsaan Indonesia B-22 mempunyai rekod yang kurang baik apabila berhadapan Thailand.

Terutama sekali apabila bertemu di final, dalam tiga pertemuan pasukan kebangsaan Indonesia hanya menang sekali.

Kemenangan ini berlaku pada tahun 1991. Dengan Indonesia menang ke atas Thailand di final Sukan SEA menerusi penentuan penalti selepas seri tanpa jaringan.

Ketika itu, pasukan negara menang ke atas Thailand menerusi sepakan penalti selepas seri tanpa jaringan.

Sebagai rekod, kali terakhir pasukan Indonesia memasuki perlawanan akhir Sukan SEA adalah pada 2019 dan ketika itu mereka dikalahkan Vietnam.

Adakah Indonesia akan berjaya menamatkan kemarau pingat emas Sukan SEA mereka?