Peminat Indonesia meraikan kejayaan pasukan mereka benam Vietnam dalam aksi separuh akhir Sukan SEA 2023 di Kemboja.

Indonesia menikmati salah satu hari terbaik dalam bola sepak mereka di Sukan SEA setelah sekian lama. Mana tidaknya apabila mereka menamatkan kemarau 12 tahun tanpa kemenangan ke atas Vietnam.

Dalam aksi separuh akhir Sukan SEA 2023 bagi acara bola sepak lelaki, Indonesia cemerlang menewaskan Vietnam 3-2 dengan cara sangat dramatik.

Beraksi 10 pemain untuk 30 minit terkahir. Kemudian sempat melakukan jaringan sendiri.

Namun tuah ternyata milik Indonesia kali ini.

Skuad Garuda Muda turun dengan rekod tidak baik berdepan Vietnam.

Namun mendahului terlebih dahulu menerusi Komang Teguh pada awal separuh masa pertama, iaitu minit ke-10.

Vietnam berjaya menyamakan kedudukan sebelum rehat menerusi Nguyen Van Tung pada minit ke-36.

Pada separuh masa kedua, Indonesia kembali di hadapan pada minit ke-53.

Namun pada minit ke-60, keadaan kelihatan semakin tidak memihak kepada Indonesia. Pemain utama mereka, Pratama Arhan dibuang padang kerana kesalahan kad kuning kedua.

Keadaan menjadi semakin tegang buat Indonesia apabila Bagas Kaffa tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-79.

Ternyata aksi yang berlarutan ke 30 minit lagi, bukan pilihan terbaik untuk Indonesia yang beraksi 10 pemain.

Lalu pada masa kecederaan sebelum wisel penamat Taufany Muslihuddin mencetak gol kemenangan dengan rembatan menyilang dari luar kotak penalti dan masuk.

Tamat perlawanan Indonesia berjaya benam Vietnam 3-2. Dan mara ke final. Menentang sama ada Thailand atau Myanmar yang turun beberapa jam selepas aksi mereka.