Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pengurus Chelsea, Graham Potter menjelaskan bahawa, pasukannya tidak cukup rehat kerana jadual padat berbanding Newcastle.

Artikel Berkaitan:

Perkara itu memainkan peranan dalam kekalahan terbaru mereka dalam Liga Perdana Inggeris.

Chelsea tewas 1-0 di tangan Newcastle yang sedang dalam prestasi terbaik mereka sejak diuruskan oleh Eddie Howe.

Gol tunggal bekas pemain Arsenal, Joe Willock sudah cukup untuk memberikan 3 lagi mata untuk Newcastle menutup separuh musim dengan kemenangan.

Sekaligus memberikan tekanan berterusan kepada pengendali baharu Chelsea yang dilantik menggantikan Thomas Tuchel iaitu Graham Potter.

Pengendali Chelsea, Graham Potter memberikan kredit kepada prestasi cemerlang Newcastle. Kemudian dia beranggapan pasukannya dan Newcastle sama sama hebat pada separuh masa pertama.

Namun berlaku perubahan taktikal oleh Newcastle yang membuatkan Chelsea perlu melakukan sedikit adaptasi.

Potter berkata: “Saya fikir separuh masa pertama kedua dua pasukan adalah setara. Namun mereka memulakan separuh masa kedua lebih baik daripada kami.”

“Kami terpaksa menyesuaikan sedikit dan kami melakukan perkara itu [tetapi] kami melakkukan terlalu banyak kesilapan individu dalam usaha mengekalkan kualiti dan tekanan yang baik.”

“Sekali lagi, kredit kepada Newcastle, mereka bermain dengan baik, dan mereka berada dalam masa yang sangat baik.”

Seterusnya, jadual padat Chelsea juga dikatakan memberikan kelebihan buat Newcastle yang bermain 1 perlawanan seminggu.

Potter menambah: “Anda mungkin dapat melihat perbezaan [pasukan yang bermain] dalam jadual satu perlawanan seminggu berbanding tempoh padat yang kami lalui.”

“Tak bagus untuk tidak mendapat keputusan [yang diinginkan]. Ia kedengaran semudah itu [untuk mengatakannya] tetapi saya perlu melihat mengapa itu berlaku dan situasi yang terpaksa kami hadapi.”

“Ia tidak langsung sama sekali. Kami mempunyai banyak perlawanan, beberapa kecederaan kepada pemain utama, menggugat kestabilan pasukan kami, hari ini sekali lagi anda melihat mereka hilang kekuatan.”

“Baru sahaja mengalami tempoh yang sangat mencabar. Anda akan menghadapi empat pasukan dalam masa terbaik dalam Liga Perdana Inggeris dari segi versi mereka dan itu boleh mencabar anda juga.”

Potter akhir sekali menyatakan bahawa, mereka harus mencari jawapan kepada permasalahan mereka sendiri.

“Para pemain sudah melakukan banyak sekali, namun kami masih kekurangan kualiti.”

“Walaupun begitu, kami tidak boleh menerimanya [kekalahan], kami perlu menanganinya dan cuba untuk bergerak ke hadapan,” ujar beliau.