Dito

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sean Selvaraj menjadi wira Negeri Sembilan ketika mereka menewaskan pasukan Selangor dalam aksi saingan Liga Super 2022 yang berlangsung di Stadium MBPJ pada semalam.

Sean menjaringkan gol ketiga Negeri Sembilan pada minit ke-88 sekaligus memberikan tiga mata kepada pasukannya sekaligus melengkapkan comeback setelah ketinggalan dua gol pada rehat separuh masa pertama.

Jaringan jarak jauh bekas pemain Selangor itu bukan saja memberi kemenangan kepada pasukannya namun turut menarik perhatian media bola sepak ternama iaitu B/R Football.

B/R Football memuat naik gol jaringan Sean Selvaraj di laman media sosial Twitter mereka dan perkara ini juga mendapat sambutan hangat dari peminat bola sepak tanah air.

Pada perlawanan semalam, Selangor terus mempamerkan aksi longlai meskipun mereka mendahului dua gol pada rehat separuh masa pertama menerusi jaringan Caion dan Yazan Al Arab.

Kebangkitan Negeri Sembilan bermula pada minit ke-66 selepas Gustavo Almeida Dos Santos menyempurnakan sepakan percuma untuk menewaskan penjaga gol tuan rumah, Sam Somerville.

Jaringan itu jelas meningkatkan moral anak buah K. Devan untuk menambah jaringan dan usaha mereka membuahkan hasil pada minit ke-80 yang menyaksikan Gustavo menanduk masuk bola hasil sepakan percuma Ahmad Khuizaimi Piee bagi kembali menyamakan kedudukan.

Ketika aksi sebenar hanya berbaki dua minit untuk ditamatkan, pemain gantian yang merupakan bekas pemain Selangor, Sean Eugene Selvaraj melakukan percubaan jarak jauh untuk menghadiahkan kemenangan berharga buat Negeri Sembilan.

Selepas mengharungi 14 perlawanan, Negeri Sembilan pada ketika ini berada di tangga ketiga dengan 26 mata hasil tujuh kemenangan, lima keputusan seri dan dua kekalahan manakala Selangor yang kekurangan satu perlawanan mengumpul 16 mata untuk menghuni kedudukan keenam dalam carta Liga Super.

Kekalahan kepada Negeri Sembilan semalam membuatkan kemarahan peminat Selangor sudah berada di tahap maksima dan mereka menggesa agar perubahan segera dilakukan oleh pengurusan pasukan jika mahu pasukan untuk kembali ke prestasi terbaik.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Liga Super 2022: Sean Selvaraj Pastikan Selangor ‘Layu’ Di Laman Sendiri

Liga Super 2022: Amri Yahyah Wira Kebangkitan Sabah Atasi Melaka

Sinar Baharu Buat Respect FC, Syarikat Konglomerat Antarabangsa Ambil Alih Pasukan

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group