Bekas pemain dan pengurus Arsenal, Freddie Ljungberg menjadi calon utama untuk mengisi jawatan ketua jurulatih kelab Jepun, FC Tokyo pada saingan musim hadapan.

Menurut laporan Yahoo Japan, FC Tokyo akan diambil alih oleh syarikat teknologi gergasi iaitu Mixi dan mereka menjemput seorang lagi bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang pernah menjadi ketua jurulatih Nagoya Grampus pada 1995 hingga 1996 sebagai penasihat kelab.

Wenger kemudiannya mengesyorkan nama Ljunberg sebagai pengurus baharu pasukan kerana bekas pemain kebangsaan Sweden itu adalah seorang jurulatih muda dan mempunyai pengalaman mengendalikan pasukan besar sebelum ini.

Freddie Ljungberg sendiri pernah beraksi dalam saingan J. League dimana beliau menyertai Shimizu S-Pulse pada September 2011 sejurus selepas Jepun dilanda gempa bumi. Faktor utama Ljunberg menyertai Shimizu adalah beliau mahu memberi semangat kepada para mangsa yang terjejas.

Namun, tempoh Ljunberg di Jepun tidak bertahan lama apabila beliau meninggalkan Shimizu hanya selepas beraksi dalam 11 perlawanan dalam saingan liga ekoran kecederaan yang dialami.

Selepas bersara dari dunia bola sepak profesional, Ljunberg dilantik sebagai ketua jurulatih Arsenal B-15 dan kemudiannya dinaikkan pangkat untuk menguruskan skuad b-23 pada musim 2018/2019.

Pada 29 November 2019, Ljunberg dilantik sebagai pengurus sementara skuad senior selepas pengurus sebelumnya, Unay Emery dipecat ekoran prestasi yang kurang memberangsangkan. Sepanjang bergelar pengurus, beliau merekodkan satu kemenangan, tiga seri dan dua kekalahan dalam lima perlawanan yang dihadapi.

Sebelum ini, terdapat beberapa nama besar lain yang pernah beraksi di Jepun seperti Andres Iniesta, Thomas Vermaelen dan Lukas Podolski (Vissel Kobe) selain Fernando Torres (Sagan Tosu) dan Jay Bothroyd (Hokkaido Consadole Sapporo).

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

VFF Tabur Bonus Hampir RM100,000 Walaupun Kalah 0-1, Park Hang-seo ‘Stress Gila’ Sukar Dapatkan 1 Mata

JDT Bakal Muktamadkan Perjanjian Bernilai Jutaan Dolar Amerika Dengan Syarikat Gergasi Antarabangsa

Presiden Kedah Darul Aman Balas Kritikan TMJ