Arsenal kini sedang mencari penyerang baharu. Nama penyerang Fiorentina, Dusan Vlahovic menjadi salah seorang daripada sasaran mereka.

Vlahovic dianggap sebagai salah seorang penyerang terbaik di liga utama Eropah ketika ini. Beliau masih belum melanjutkan kontrak dengan Fiorentina.

Kontrak semasa Vlahovic akan berakhir pada Jun 2023. Dan Fiorentina sudah sedia untuk menerima bayaran cash untuk pemain itu pada jendela perpindahan akan datang.

Fiorentina meletakkan tanda harga €80 juta untuk pemain tersebut pada Januari ini. Dan Fiorentina dijangka akan sedia menerima yuran perpindahan lebih rendah pada akhir musim ini.

Gianluca Di Marzio melaporkan, Vlahovic malah tidak mahu mengangkat panggilan dari Arsenal.

Di Marzio menjangkakan bahawa pemain itu sebenarnya sudah membuat keputusan tentang masa depannya. Di mana Di Marzio merasakan Vlahovic mahu ke Juventus.

Oleh itu, pemain itu sedia untuk menolak kesemua tawaran daripada kelab lain selain The Old Lady.

Juventus menggunakan pendekatan yang sama ketika mereka mendapatkan Federico Chiesa dan Manuel Locatelli sebelum ini. Di mana Juventus akan menunjukkan minat mereka kepada pemain itu dan menunggu pada tahun akhir kontrak mereka.

Seterusnya, Di Marzio menjangkakan Spurs akan cuba untuk memintas rundingan tersebut. Kerana adanya Paratici dan Conte yang mampu menarik perhatian pemain itu yang berpangkalan di Itali.

Jika ini yang berlaku, Spurs boleh menjadi pesaing utama untuk mendapatkan tandatangan Vlahovic. Ini kerana Spurs sedia membayar pemain itu pada Januari ini.

Namun Arsenal masih tidak berputus asa. Dan berharap akan dapat berunding dengan pemain itu untuk membawa masuk Locatelli pada Januari.

Arsenal juga sedia membayar €80 juta yang diminta oleh Fiorentina.

Cuma situasinya sekarang, ejen Vlahovic langsung tidak berminat dengan projek Arsenal.

Sedangkan Arsenal mahu membentangkan visi dan misi projek mereka – bagaimana Vlahovic akan menjadi nadi penting dalam projek tersebut.