Pemain sayap Selangor, Faisal Halim menjawap tuduhan yang mengatakan beliau hidup mewah sejak menyertai Selangor bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Baru-baru ini, ada salah satu page di Facebook membuat satu postinh yang mengatakan Faisal memandu kereta yang berharga RM450 Ribu.

Faisal terus menafikan tuduhan tersebut dan mengatakan beliau memandu jenis kereta lain dan bukannya seperti yang dinyatakan oleh page Harimau Selatan X.

“Hahahahah lawak la kau ni min, hidup buat dosa je atas dunia ni. Saya punya A180 tahun 2019 cuba tengok berapa harga. Fitnah je kerja awak hari-hari. Kalau takde kerja mari kerja dngan saya.

“Saya pakai kereta ini sebelum saya main selangor lagi. Masa saya di terengganu saya dah pakai kereta ni. Di Terengganu gaji saya 80k ke?

“Pergilah cari pemain lain pula, kejap-kejap saya. Bosanlah,” kata Faisal.

Sebelum ini, Faisal Halim menafikan beliau menerima gaji sebanyak RM80 Ribu di Selangor.

Tuduhan ini muncul selepas Arif Aiman menerima gaji baharu bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dimana pemain itu menerima gaji sebanyak RM20,000 berbanding RM12,000 sebelum ini.

https://twitter.com/nocontextbolamy/status/1647583339526893568?s=46&t=rgTXQxtBkdR0ACl02xia_A

Faisal Halim merupakan salah seorang pemain sayap terbaik dalam negara ketika ini dimana beliau menjadi sandaran utama Selangor dalam saingan Liga Malaysia dan juga pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa.

Masuk akal sekiranya Mickey menerima gaji yang tinggi setiap bulan kerana kualiti yang dimiliki serta beliau tidak pernah gagal untuk menampilkan prestasi terbaik setiap minggu bersama Selangor.