Seperti yang dilaporkan sebelum ini, FA Thailand dengan kerjasama dari pihak King Power hari ini selesai menandatangani memorandum persefahaman bagi pembinaan pusat latihan kebangsaan skuad Thailand.

Pusat latihan yang dilaporkan bernilai THB500 juta (RM68.75 juta) itu akan dibiayai sepenuhnya oleh syarikat King Power bakal menyaksikan bukan sahaja dari penyediaan failiti yang bekelas dunia malahan pelbagai kemahiran dan teknologi bakal dibawa masuk melalui kerjasama Leicester City yang dimiliki oleh pihak King Power.

“Sebagai Presiden FA Thailand, saya mahu mewakili semua penyokong bola sepak Thailand dan juga seluruh rakyat Thailand berterima kasih kepada Kin Power Group kerana menyokong projek ini. Mereka turut membawa bersama pengalaman, ilmu pengetahuan serta teknologi dari pakar yang bertugas dengan Leicester City untuk membina asas dan membangunkan bola sepak Thailand.

80597635_2502814373372272_8975763427028893696_o

Menurut Presiden FA Thailand itu juga, projek ini akan menjadi titik tolak kepada ‘master plan’ 20 tahun pembangunan bola sepak Thailand untuk jangka masa panjang.

Kewujudan pusat latihan seperti ini yang komprehensif dan moden amat diperlukan di Thailand, bakal menyediakan semua keperluan utama pembangunan bola sepak seperti sains sukan, nutrisi pemain, jurulatih, pengadil dan lain-lain lagi.

Sambil mengakui beberapa pasukan lain di Asia Tenggara sudah memiliki fasiliti seperti ini lebih dahulu dan telah menyaksikan peningkatan yang cukup memberangsangkan, beliau turut menjelaskan bahawa pusat itu nanti akan dilengkapi dengan pelbagai teknologi berkaitan pengumpulan data dari semua pemain Thailand.

Dari maklumat yang diperolehi dari FA Thailand, pusat latihan itu akan mempunyai 8 buah padang, restoran, bilik mesyuarat, ruangan lounge selain ruang latihan persendirian yang lengkap.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Thailand yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

8 Syarikat Hantar Bidaan Hak Penyiaran Thai League 2021-2028, FA Thailand Akan Meneliti 2 Bidaan Terbaik

‘Reserve Team’ Thai League Digantung Penyertaan Jika Gagal Berada Dalam ‘Top Half’ Liga Yang Mereka Sertai

Thai League: DAZN Sedia Bida Hak Penyiaran Dengan Harga RM276 Juta Semusim Mulai 2021