Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) dilaporkan sudah mencapai persetujuan dengan syarikat KING POWER untuk membina sebuah pusat latihan pasukan kebangsaan mereka di daerah Muak Lek dalam wilayah Saraburi.

Projek ini dikatakan sebagai salah satu dari perkara yang terkandung dalam perancangan rapi 20 tahun bola sepak Thailand dibawah polisi presiden FAT sendiri.

Berdasarkan memorandum persefahaman yang telah ditandatangani oleh FA Thailand dan KING POWER, sebilangan pakar dari kelab Leicester City akan dihantar untuk melakukan proses reka bentuk atau ‘design‘ kepada pusat latihan baru itu nanti.

Menurut laporan itu lagi, kos bagi pembinaan pusat latihan tersebut dianggarkan bernilai sekitar THB400 juta atau sekitar RM55 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh syarikat KING POWER yang juga pemilik sebuah pasukan Liga Perdana Inggeris, Leicester City.

Pusat latihan itu jika mengikut perancangannya akan dibina dalam kawasan yang mempunyai keluasan sekitar 192,000 meter persegi akan dimiliki oleh oleh Sport Authority of Thailand (SAT).

2 tahun lalu, FA Thailand telah merasmikan sebuah pusat latihan berprestasi tinggi mereka di Bangkok yang menumpukan kepada pembangunan pemain muda menggunakan Ekonno Method.

DPuFdB5X0AU_AEA

Pusat Latihan Berprestasi Tinggi itu lebih memberikan tumpuan kepada skuad bawah umur seperti U14, U16, U19 dan juga U21 Thailand dan telah dilancarkan oleh presiden FIFA Gianni Infantino serta presiden AFC Salman Ibrahim Al-Khalifa.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Top 5 Kelab Thai League Yang Mencatat Kutipan Tiket Dan Jualan Merchandise Paling Tinggi Musim 2019.

Thai League 1: Purata Kehadiran Penonton Ke Stadium Musim 2019 Meningkat 27.6% Berbanding Tahun Sebelumnya

Police Tero FC Berjaya Layak Ke Saingan Thai League 1, Peluang Baik Dominic Tan Jika Kekal

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group