FA Portugal sedia berjuang untuk mencabar keputusan FIFA yang tidak menghadiahkan gol kepada Cristiano Ronaldo.

Dalam aksi berdepan Uruguay, Ronaldo cuba menuntut gol pertama yang diberikan kepada Bruno Fernandes.

Portugal mengesahkan tempat mereka ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2022 selepas menang 2-0 ke atas Uruguay.

Dua gol oleh Bruno Fernandes membawa skuad Seleaco das Quinas itu mara. Namun terdapat persoalan tentang gol pertama perlawanan.

Di mana jawatankuasa penilai FIFA memberikan gol tersebut kepada Bruno Fernandes bukannya Cristiano Ronaldo.

Ronaldo yang sudah ber-Siuuu meraikan gol itu selepas dia melakukan tindakan kilas ketika menyambut hantaran lintang Bruno Fernandes.

Ronaldo menuntut bahawa gol itu adalah miliknya. Sekaligus menjadikan dia setara dengan rekod gol Piala Dunia Eusebio, sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam Piala Dunia dengan 9 gol.

Tetapi beberapa minit kemudian, FIFA mengesahkan bahawa gol itu milik Fernandes. Kerana Ronaldo didapati tidak melakukan sebarang kontak atau sentuhan dengan bola.

Maka kini Ronaldo masih 1 gol di belakang Eusebio – selepas FIFA bertegas bahawa gol tersebut milik Fernandes.

Selepas tamat perlawanan, Ronaldo pergi ke arah pegawai FIFA dan masih menuntut gol tersebut sebagai miliknya, sambil menunjukkan isyarat bahawa dia sudah menyentuh bola dengan kepalanya.

Bercakap kepada media Portugal, O Jogo, Ronaldo berkata: “Bola sudah terkena kepala saya, ada sentuhan.”

Bruno Fernandes pada awalnya merasakan bahawa gol itu milik Ronaldo. Namun akhirnya dia berkata, dia tak kisah dengan siapa yang menjaringkan gol kerana, apa yang lebih penting, matlamat mereka untuk mara ke pusingan kalah mati sudah tercapai.

FA Portugal yakin itu Gol Ronaldo bukan  Bruno Fernandes

Kini FA Portugal sedia menghantar bukti kepada FIFA bahawa gol tersebut adalah sah milik Ronaldo bukannya Bruno Fernandes.

Namun jurucakap FIFA sudah memberitahu ESPN bahawa, mereka menggunakan teknologi canggih dalam penilaian gol tersebut. Di mana di dalam setiap bola Piala Dunia adan sensor yang sangat sensitif.

Sensor itu boleh mengesan sebarang sentuhan. Dan mereka tidak mendapat sebarang isyarat ada sentuhan tambahan ketika bola hantaran Bruno Fernandes itu lalu di atas kepala Ronaldo.