Exco PSSI menjelaskan tentang pandangan mereka berkaitan dengan idea untuk menempatkan Israel agar bermain di Singapura pada aksi Piala Dunia B-20.

Seperti yang dilaporkan dari Indonesia, undian Piala Dunia B-20 terpaksa ditangguhkan kerana bantahan daripada Gabenor Bali dan suara ramai rakyat Indonesia.

Kini PSSI, sedang diminta oleh FIFA menjelaskan penyelesaian kepada masalah melibatkan pasukan Israel tersebut.

Memandangkan kejohanan itu akan dilangsungkan pada Jun akan datang.

Israel layak pertama kalinya dalam Piala Dunia B-20 yang dianjurkan di Indonesia.

Gabenor Bali, Wayan Koster membantah kehadiran pasukan Israel daripada beraksi di bumi Indonesia.

Memandangkan Indonesia merupakan pendukung tegar perjuangan Palestin dan tidak memiliki sebarang hubungan diplomatik dengan Israel.

FIFA sudah menyatakan bahawa, Indonesia bakal berdepan tindakan berat jika tidak menerima kehadiran Israel untuk bermain di Piala Dunia B-20 edisi 2023.

Ini termasuk sekatan melibatkan penyertaan Indonesia dalam kelayakan Piala Dunia 2026 zon asia.

Seterusnya, FIFA juga mengancam untuk menukar tempat penganjuran ke negara lain jika masalah ini tidak diselesaikan.

Selain itu, bola sepak Indonesia juga bakal dipinggirkan oleh FIFA sekali lagi.

Indonesia dianggap tidak dapat memberikan jaminan keselamatan pasukan Israel sepanjang berada di negara itu kelak.

Exco PSSI, Arya Sinulingga mempersoalkan kenapa protes itu baru dibuat sekarang? Sebelum undian Piala Dunia B-20 dibuat?

Dan dia mengakui dia ketika ini buntu memikirkan tarikh undian itu akan dibuat.

Ramai yang merasakan cara terbaik adalah meletakkan Israel di gelanggang alternatif. Singapura menjadi calon utama mereka.

Namun Arya Sinulingga menolak cadangan tersebut. Dan menegaskan bahawa PSSI tidak pernah memikirkan perkara itu. Kerana penganjuran Piala Dunia 2022 adalah dianjurkan di satu negara.

Dia berkata: “Menurut cadangan itu, bermakna ianya akan dianjurkan di dua negara. Masalahnya bidaan kita sejak awal hanya satu negara penganjur,” ujar Arya.

“Tak ada namanya untuk dua atau tiga negara penganujur.”

Dia tidak menolak idea itu sebenarnya boleh difikirkan, tetapi menjangkakan bahawa cadangan itu akan dengan mudah ditolak Singapura.

Menurut PSSI, agak mustahil mengajak Singapura menjadi penganjur bersama dengan tiada penyertaan pasukan negara itu di Piala Dunia B-20 dan semata mata untuk menempatkan aksi Israel.

“Boleh sahaja melakukannya [mengajukan cadangan kepada Singapura], tapi kemungkinan besarnya akan ditolak. Bukankah Singpura tidak pernah menawarkan diri menjadi tuan rumah,” sambung Arya lagi.

Arya Singulingga juga menyatakan, jika idea itu dilaksanakan sekalipun, ianya akan melibatkan banyak kerja dibuat oleh PSSI dan pegawai penganjuran Piala Dunia B-20.

Antaranya, cuba memujuk agar kejaraan Singapura agar bersetuju dengan idea itu menerusi proses pembidaan rasmi.

“Kami harus melobi kerajaan Singapura supaya setuju. Jadi akan ada proses pembidaan dibuat oleh kedua dua negara.”

“Proses itu seharusnya berlaku dulu, bukannya ketika pertandingan baru nak bermula baru kita nak buat bidaan.”

Arya mendedahkan bahawa Ketua Umum PSSI Erick Thohir sedang cuba sedaya upaya untuk memastikan solusi kepada masalah ini ditemui.

Dan ianya juga untuk mengelakkan bola sepak Indonesia dipinggirkan daripada peringkat antarabangsa.