Empat pemain muda negara yang baru-baru ini beraksi bersama pasukan senior mungkin dipanggil bagi beraksi dalam saingan Piala AFF Suzuki 2020 yang akan bermula pada hujung Disember ini.

Perkara ini dikongsikan oleh Team Malaysia dimana empat pemain yang dimaksudkan ialah Luqman Hakim Shamsudin, Quentin Cheng, Hakimi Abdullah dan Mukhairi Ajmal Mahadi.

Keempat-empat pemain ini baru sahaja menamatkan tugasan bersama skuad senior dimana mereka tampil dalam aksi menentang Jordan dan Uzbekistan yang mana pasukan negara tewas dalam kedua-dua perlawanan.

Secara keseluruhan, empat pemain di atas menampilkan persembahan yang baik walaupun ada pemain yang baru pertama kali beraksi bersama pasukan senior di pentas antarabangsa.

Cabaran utama yang dihadapi oleh ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe sekiranya mahu memanggil keempat pemain ini bagi beraksi dalam saingan Piala AFF Suzuki ialah tahap kecergasan serta isu kecederaan.

Mukhairi (Selangor), Quentin (Penang) dan Hakimi (Terengganu) merupakan tonggak utama kepada kelab masing-masing yang ketika ini sedang beraksi dalam saingan Piala Malaysia dan sudah pasti khidmat mereka ditagih dalam setiap perlawanan.

Aksi yang berterusan sudah pasti bakal memberi kesan terhadap tahap kecergasan selain lebih terdedah terhadap kecederaan.

Saingan Piala AFF dijadualkan berlangsung dari 5 Disember sehingga 1 Januari tahun depan dan Malaysia diundi dalam kumpulan B bersama juara bertahan iaitu Vietnam, Indonesia, Kemboja dan Laos.

Selepas mengharungi Piala AFF, pasukan negara akan menghadapi saingan pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023 yang dijangka berlangsung pada Februari tahun depan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Harith Haiqal Dipanggil Sertai Sesi Latihan Skuad B-22 Tahun

Gaji Naik 160% Serta Peluang Merebut Tempat Ke AFC Cup Ditolak Mentah-Mentah Oleh Pemain Liga Premier

Nafuzi Zain: Kami Bangga Dengan Perkembangan Faisal Halim Musim Ini