Pemain tengah Selangor, Brendan Gan memberi sokongan terhadap bekas pengurus skuad kebangsaan Belanda, Louis van Gaal yang baru-baru ini disahkan menghidap kanser prostat.

Menerusi laman media sosial Twitter miliknya, Brendan Gan memuji van Gaal dan memberikan semangat kepada pengurus itu untuk terus berjuang melawan kanser prostat.

Van Gaal mendedahkan beliau setakat ini telah menjalani rawatan sebanyak 25 kali dalam usaha untuk menang ke atas kanser yang dialami dan telah meletak jawatan sebagai pengendali skuad kebangsaan.

โ€œSaya tidak mahu memberitahu pemain saya kerana ini akan menjejaskan prestasi mereka. Ketika saya bertugas bersama pasukan kebangsaan, saya keluar pada waktu malam untuk pergi ke hospital tanpa pengetahuan pemain saya.

โ€œMereka fikir saya dalam keadaan sihat. Tetapi sebaliknya. Saya telah mengalami banyak perkara dalam hidup saya,โ€ kata van Gaal ketika membuat pendedahan mengenai kanser prostat yang dialami.

Akan tetapi, meskipun telah meletak jawatan, bekas pengurus Manchester United dan Barcelona itu tetap akan membimbing Belanda dalam temasya Piala Dunia 2022 dan akan melepaskan jawatannya selepas temasya berakhir.

Beberapa kelab yang pernah diuruskan oleh van Gaal juga tidak ketinggalan memberikan sokongan moral dan kata-kata semangat kepada beliau seperti Manchester United (2014-2016), Barcelona dan Bayern Munich (2009-2011).

Sebelum ini, van Gaal mencipta kontroversi dengan mengkritik penganjuran temasya Piala Dunia 2022 di Qatar dengan menuduh FIFA hanya terinspirasi oleh wang dan pemilihan Qatar sebagai tuan rumah adalah mengarut.

Belanda diletakkan dalam kumpulan A bersama Qatar, Ecuador dan Senegal. The Oranje kembali beraksi di temasya Piala Dunia setelah terlepas edisi 2018 ekoran gagal melepasi saingan peringkat kelayakan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Khairu Azrin Tidak Sabar Turun Beraksi Menentang Sri Pahang

Santokh Singh: Menaturalisasi Pemain Adalah Satu Perkara Bodoh

Yusri Che Lah: Ada Pemain Jual Motosikal Untuk Kelangsungan Hidup