Penyerang Liverpool, Darwin Nunez jelas menyesali apa yang telah dilakukannya pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) 2022/23 menentang Crystal Palace dan meminta maaf kepada semua pihak berikutan insiden memalukan di Anfield itu.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Berikutan sedikit provokasi, Nunez melakukan tindak balas di luar kawalan dengan menanduk Joachim Andersen sehingga menyebabkannya dilayangkan kad merah pada minit ke-57.

Kad merah yang diterima menyaksikan pemain kelahiran Uruguay itu bakal terlepas aksi liga bertemu Manchester United, Bournemouth dan Newcastle United.

“Saya menyedari perangai buruk yang saya tunjukkan,” ujar Nunez menurut kenyataan dikeluarkan di laman Twitter miliknya.

“Saya berada di sini untuk belajar daripada kesilapan yang saya lakukan dan berjanji ia tidak akan berlaku lagi.”

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp turut mengakui bahawa reaksi balas penyerang berusia 23 tahun tersebut yang menyaksikan Liverpool sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 itu adalah satu tindakan salah.

Nunez dibawa masuk dari Benfica dengan harga €75 juta dengan bayaran tambahan €25 juta dalam bentuk bonus.

Darwin Nunez bermula dengan baik apabila menjaringkan gol pada aksi Perisai Komuniti bertemu Manchester City dan kemudiannya meneruskan sentuhan jaringan ketika perlawanan sulung liga dengan Fulham.

Selepas dua perlawanan, Liverpool menghuni tangga ke-12 dengan dua mata hasil dua keputusan seri yang dicatatkan ke atas Fulham dan Crystal Palace.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia melalui pautan dibawah.

Devan: Pemain Negeri Sembilan Berada Di Tahap Keyakinan Tertinggi

Elon Musk ‘Prank’ Peminat Man United: “Tidak, Saya Tak Beli Mana-Mana Kelab Sukan”

Peminat TRW Kelantan Berminat Beli Saham Pasukan Bernilai RM3 Juta