Seperti yang dijanjikan Todd Boehly sebelum ini, dia akan mencuba segalanya untuk membawa masuk Enzo Fernandes ke Chelsea.

Walaupun bidaan Chelsea untuk mendapatkan pemain itu sebelum ini ditolak. Namun kini rundingan dilaporkan berlangsung dengan sangat positif.

Chelsea sedia membayar rekod perpindahan masuk untuk Liga Inggeris dengan membayar yuran perpindahan €120 juta untuk Enzo Fernandes.

Kedua dua kelab dilaporkan sedang membincangkan tentang kaedah pembayaran. Di mana Chelsea akan membayar secara ansuran.

Enzo Fernandes baru sahaja bersama Benfica musim ini. Namun dia sudah menarik perhatian dunia dengan prestasi cemerlangnya pada Piala Dunia 2022.

Enzo menjadi pemain muda terbaik Piala Dunia 2022.

Selepas memeterai perjanjian Enzo Fernandes, Chelsea akan cuba mendapatkan Moises Caicedo menjelang hari terakhir jendela perpindahan pada Januari.

Chelsea pernah menghantar bidaan £55 juta untuk Caicedo yang ditolak.

Arsenal kemudian melancarkan bidaan £70 juta juga ditolak oleh Brighton.

Pemain itu kemudian menulis di Instagram bahawa dia mahu menyertai Arsenal. Menganggap itu peluang penting untuknya mengembangkan kariernya ke peringkat lebih tinggi.

Sambil merasakan bahawa Arsenal menawarkan wang yang sangat bagus untuk Brighton gunakan dalam melabur pada aspek pembangunan kelab.

Brighton berkeras enggan melepaskan Caicedo.

Dan kini Chelsea sedia untuk mengalahkan Arsenal dalam perebutan mendapatkan Caicedo.

Namun keutamaan mereka ketika ini adalah menyelesaikan dahulu perpindahan Enzo Fernandes.

Kesan domino daripada perjanjian ini, jika ianya berlaku, Arsenal sedia membawa masuk Jorginho dari Chelsea.