Brighton telah menuduh Arsenal cuma bermain pintu belakang untuk mendapatkan Moises Caicedo dan mengelak membayar tanda harga yang mereka minta.

Di mana menurut kelab itu, Arsenal telah menjadi dalang kenapa Moises Caicedo meminta untuk dijual dengan menghantar transfer request.

Brighton tidak gembira dengan pemain itu yang tiba tiba mendesak kelab menerima tawaran daripada Arsenal.

Atas alasan tawaran itu cukup bagus untuk dilaburkan pada pembangunan kelab.

Mikel Arteta mengenalpasti Moises Caicedo sebagai sasaran utamanya sebelum jendela perpindahan ditutup.

Pakar perpindahan, Fabrizio Romano menyatakan bahawa, Caicedo merupakan antara sasaran Graham Potter, pengurus Chelsea.

Namun Brighton menolak bidaan rasmi Chelsea untuk pemain itu.

Kemudian Arsenal datang dengan tawaran lebih baik, membuatkan pemain itu merasakan sudah tiba masanya untuk dia menyertai kelab lebih besar.

Arteta pula sedar bahawa beliau perlukan tambahan kekuatan pada skuadnya dalam usaha untuk terus kekal di hadapan persaingan dengan Manchester City dalam perebutan Liga Perdana Inggeris pada musim ini.

Arsenal sudah membawah Leandro Trossard dari Brighton selepas gagal mendapatkan Mykhailo Mudryk yang menyertai Chelsea.

Brighton sudah menegaskan bahawa mereka enggan menjual Caicedo kecuali ada tawaran bernilai £100 juta.

Brighton menolak bidaan daripada Arsenal sebanyak £60 juta.

Membuatkan pemain berusia 21 tahun itu membuat kenyataan di Instagram secara terbuka menyatakan dia mahu menyertai Arsenal.

Caicedo turut ponteng sesi latihan pasukan. Membuatkan kelab mengambil tindakan mendenda pemain itu £70,000.

https://www.instagram.com/p/Cn70zrwrGJE/?utm_source=ig_web_copy_link

Kelab itu mulai menuduh Arsenal sebagai cuba bermain pintu belakang mahu mengelakkan diri daripada membayar £100 juta dengan membuatkan pemain mereka hilang fokus.

Namun Arsenal menafikan bahawa mereka cuba bermain pintu belakang dalam usaha mereka mahu mendapatkan Caicedo. Kerana mereka cuma menghantar bidaan rasmi. Selebihnya terpulang kepada Brighton sama ada mahu menerimanya atau tidak.

Arsenal tidak rasa mereka melakukan sebarang kesalahan dalam perkara ini.