Ketua Pegawai Eksekutif Kedah FA, Zulkifli Che Haron sebentar tadi telah mengeluarkan satu kenyataan balas kepada Alistair Edward berkenaan isu wang berkaitan perpindahan Akhyar Rashid.

“Saya ambil maklum berkenaan satu hantaran media sosial JDT, JOHOR Southern Tigers yang dikeluarkan oleh Alistair Edwards, Pengarah Teknikal Johor Darul Ta’zim FC bertarikh 19 November 2021.”

“Untuk makluman Alistair, beberapa isu perlu dipertimbangkan melalui kesemua kronologi berkaitan kes berkenaan seperti berikut.”

i. Kes KFA dan Akhyar di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC);
ii. Kes KFA dan JDT di Jawatankuasa Rayuan FAM.

“Walaupun pertikaian di antara KFA dan Akhyar berhubung dengan kontrak pemain telah diputuskan dan selesai antara kedua-dua pihak, KFA masih lagi berhak untuk menuntut pampasan bagi kos latihan dan pembangunan Akhyar dari JDT melalui Jawatankuasa Rayuan FAM.”

Semalam, Pengarah Teknikal JDT iaitu Alistair Edwards mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu Akhyar Rashid selepas Presiden Kedah FA melakukan tuduhan tidak berasas bahawa JDT tidak menjelaskan bayaran selepas menandatangani pemain itu.

“Kenyataan Alistair berkenaan KFA tidak perlu yuran pembangunan dan tiada tuntutan dari KFA, perkara ini adalah tidak benar sama sekali memandangkan berlakunya proses perbincangan dan KFA masih menunggu satu tawaran pampasan daripada JDT bersesuaian yang akan dipersetujui oleh kedua-kedua pihak.”

“Setiap tindakan yang diambil oleh KFA berhubung perkara ini adalah berdasarkan kepada nasihat guaman. KFA akan memaklumkan sebarang perkembangan lanjut dari masa ke semasa.”

“Saya menasihati Alistair supaya menyemak semula segala fail serta memahami setiap keputusan berkaitan dengan kes tersebut sebelum mengeluarkan kenyataan menuduh Presiden KFA membuat tuduhan tidak berasas terhadap JDT.”

Nampaknya drama berkenaan perpindahan Akhyar Rashid dari pasukan Kedah ke JDT masih belum berakhir, dan Kedah FA masih cuba berjuang untuk mendapatkan hak mereka.

Apakah JDT akan tampil dengan kenyataan balas terhadap apa yang dikatakan oleh CEO Kedah FA ini? Sama-sama kita nantikan.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Video ‘Pitch Invasion’ Penyokong Kuala Lumpur City Selepas Kalahkan Selangor Bakal Mengundang Padah

500kg Beras Kerteh FC Berjaya Dijual Dalam Tempoh 1 Hari Selepas Pelancaran, Memang Laku Keras!

“Hang Tak Pakai Seluaq Lagi Aku Main Bola Dah, Diet Apa Diet?” – Respon Selamba Sanusi Md Nor Kepada TMJ