Fabio Carvalho jadi wira Liverpool ketika pasukannya bergelut untuk mendapatkan 3 mata di Anfield.

Liverpool melayan kunjungan Newcastle di Anfield selepas kemenangan besar 9-0 ke atas Bournemouth minggu lalu.

Liverpool diberikan saingan yang sukar oleh Newcastle. Walaupun Liverpool memiliki penguasaan yang tinggi pada separuh masa pertama namun tidak ada peluang yang benar benar baik dicipta pada awal 40 minit.

Newcastle sebaliknya memiliki jumlah percubaan tepat yang lebih banyak berbanding Liverpool dalam tempoh tersebut.

Bukan itu sahaja, Newcastle malah di hadapan pada lewat separuh masa pertama menerusi pemain yang baharu ditandatangani mereka iaitu Alexander Isak.

Isak menerima bola hantaran lolos yang cantik daripada Longstaf dan melakukan penyudah yang sangat tenang menewaskan Alisson.

Liverpool memiliki peluang terbaik sebelum itu menerusi Luis Diaz yang sudah berjaya melarikan bola daripada penjaga gol, namun dia kehilangan keseimbangan badan dan gagal menjaringkan gol.

Separuh masa pertama berakhir dengan Liverpool 0 Newcastle 1.

Skuad Jurgen Klopp terus berusaha memburu gol penyamaan. Dengan Newcastle memperketatkan lagi kepadatan mereka di zon pertahanan.

Selepas beberapa siri serangan, akhirnya Liverpool menyamakan kedudukan menerusi Roberto Firmino pada minit ke-61 selepas menerima hantaran mudah daripada Mohamed Salah.

Firmino menjaringkan gol penyamaan Liverpool

Liverpool terus berkeringat untuk mencari gol kedua. Pada minit ke-79, Luis Diaz melakukan percubaan yang hampir menerjah gawang. Seminit kemudian Diaz sekali lagi menguji Nick Pope namun percubaannya lemah.

Namun akhirnya pemain muda Fabio Carvalho wira Liverpool dengan menjaringkan gol pada lewat masa kecederaan.

Di mana dia melakukan rembatan jarak dekat pada minit ke-90+8. Penjaga gol tidak ada peluang langsung untuk menyelamatkan percubaan tersebut. Carvalho turut menjaringkan gol dalam 2 perlawanan berturut turut untuk Liverpool. Sebelum ini beliau menyumbang 1 gol pada aksi kemenangan Liverpool 9-0 ke atas Bournemouth.

Penyokong Newcastle benar benar tergamam dengan gol tersebut.

Liverpool menang 2-1. Dan ianya adalah kemenangan kedua berturut turut untuk The Reds musim ini selepas memulakan kempen 3 perlawanan pertama tanpa kemenangan.

Baca juga artikel

Arsenal Terus Cemerlang Di Puncak Liga, 5 Kemenangan Daripada 5 Perlawanan

Paul Pogba Buat Laporan Polis, Jadi Mangsa Peras Ugut Bersenjata Oleh Abang Dan Rakannya Sendiri