Bekas penyerang Manchester United, Dimitar Berbatov berpendapat kehadiran semula Cristiano Ronaldo menyarung jersi The Red Devils dapat memberikan kelebihan buat para pemain muda kelab tersebut.

Meninggalkan Manchester United kira-kira 12 tahun lalu untuk menyertai Real Madrid, Cristiano akhirnya menggembirakan para penyokong setia kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu setelah memeterai kontrak selama dua musim dengan pilihan tambahan semusim untuk fasa keduanya di Old Trafford.

Kehadiran yang sudah pastinya dinantikan semua pihak itu disifatkan oleh Berbatov mampu menjadi inspirasi buat bakat muda walaupun berkemungkinan akan mempengaruhi minit perlawanan pemain muda seperti Mason Greenwood.

“Saya amat terkejut melihat dia [Cristiano Ronaldo] memilih untuk kembali ke United tetapi pada akhirnya saya gembira dengan keputusan itu.”

“Ia merupakan satu keputusan yang jelas menjadi perkiraannya, dimana dia benar-benar mengetahui apa yang dilakukannya,” ujar Berbatov menurut laporan dikeluarkan Goal.

“Sekiranya anda melihatnya seperti itu, ia juga merupakan satu cabaran kerana bukan mudah untuk kembali semula ke tempat sama dimana anda bermula.”

“Kita semua mengetahui peluang kali kedua tidak selalunya akan berjaya, ramai pemain dan jurulatih gagal apabila mereka kembali semua ke kelab lama mereka. Saya harap perkara itu tidak terjadi kepada Ronaldo.”

“Tetapi saya mengenalinya, bagaimana cara dia berlatih, bagaimana cara dia mengekalkan kecergasan, dia merupakan pemain berusia 36 tahun tetapi masih cergas berbanding seseorang yang berusia 21 tahun.”

“Saya rasa dia akan mencapai kejayaan besar, terutamanya buat pemain muda dalam pasukan ini yang mana boleh menonton, memerhatikan, meniru dan mendapatkan nasihat daripadanya.”

“Dengan cara itu, pemain muda ini akan dapat meningkatkan permainan mereka dengan baik,” tambah Berbatov lagi.

Teruskan membaca artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.

Aidil Sharin: Kedah Perlu Beraksi Seperti Di Final Bertemu Melaka

Elavarasan Tak Mahu Kekalahan Lunturkan Semangat Sarawak United Buru Kejuaraan

Yusri Che Lah: Azhad Harraz Adalah Prospek Besar Negara

Sumber