Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Karim Benzema telah memenangi Ballon d’Or, anugerah pemain terbaik lelaki yang diiktiraf oleh majalah France Football.

Artikel Berkaitan:

Ini adalah kali pertama Karim Benzema memenangi Ballon D’Or. Dan kemenangan itu sudah dijangka dari awal selepas dia membawa Real Madrid menjulang kejuaraan Sepanyol dan Piala Eropah ke-14 mereka.

Pemain berusia 34 tahun itu menjaringkan 27 gol dalam La Liga Eropah dan juga merupakan penjaring terbanyak dalam Liga Juara-Juara Eropah dengan 15 gol.

Sepuluh daripada gol itu datang pada peringkat kalah mati UCL, termasuk hatrik menentang Paris Saint-Germain dan Chelsea.

Benzema adalah pemenang Ballon D’Or dari Perancis pertama sejak Zinedine Zidane pada 1998. Lebih ikonik, anugerah itu turut disampaikan oleh legenda sepanjang zaman Perancis, Zinedine Zidane – yang juga bekas pengurusnya di Real Madrid.

Selepas menerima tepukan gemuruh daripada orang ramai, Benzema berkata: “Hadiah di hadapan saya ini membuatkan saya sangat bangga.”

“Saya tidak pernah berputus asa, ia adalah impian zaman kanak-kanak. ”

“Terdapat tempoh yang sukar di mana saya tidak berada dalam pasukan Perancis, tetapi saya terus bekerja keras.”

“Saya menyimpan dalam kepala saya kegembiraan bermain bola sepak; Saya sangat berbangga dengan perjalanan saya ke sini.”

Presiden Perancis, Emmanuel Macron, tweeted “KB9!” dengan bendera Perancis selepas keputusan itu.

Macron kemudian menyiarkan tweet kedua yang berbunyi: “Dua huruf dan satu nombor yang akan tercatat dalam sejarah bola sepak. Dua puluh empat tahun selepas Zidane, Karim Benzema membawa Ballon d’Or baharu ke Perancis. Tahniah kepadanya!”

Melengkapkan senarai 3 teratas ialah Kevin De Bruyne di tangga ketiga dan Sadio Mane di tangga kedua.

Berikut adalah keputusan penuh Ballon d’Or: 

=25. Darwin Nunez (Liverpool and Uruguay)

=25. Christopher Nkunku (RB Leipzig and France)

=25. Joao Cancelo (Manchester City and Portugal)

=25. Antonio Rudiger (Real Madrid and Germany)

=25. Mike Maignan (AC Milan and France)

=25. Joshua Kimmich (Bayern Munich and Germany)

=22. Bernardo Silva (Manchester City and Portugal)

=22. Phil Foden (Manchester City and England)

=22. Trent Alexander-Arnold (Liverpool and England)

21. Harry Kane (Tottenham and England)

20. Cristiano Ronaldo (Manchester United and Portugal)

=17. Luis Diaz (Liverpool and Colombia)

=17. Casemiro (Manchester United and Brazil)

16. Virgil van Dijk (Liverpool and Netherlands)

=14. Rafael Leao (AC Milan and Portugal)

=14. Fabinho (Liverpool and Brazil)

13. Sebastien Haller (Borussia Dortmund and Ivory Coast)

12. Riyad Mahrez (Manchester City and Algeria)

11. Son Heung-min (Tottenham and South Korea)

10. Erling Haaland (Manchester City and Norway)

9. Luka Modric (Real Madrid and Croatia)

8. Vinicius Junior (Real Madrid and Brazil)

7. Thibaut Courtis (Real Madrid and Belgium)

6. Kylian Mbappe (PSG and France)

5. Mohamed Salah (Liverpool and Egypt)

4. Robert Lewandowski (Barcelona and Poland)

3. Kevin De Bruyne (Manchester City and Belgium)

2. Sadio Mane (Bayern Munich and Senegal)

1. Karim Benzema (Real Madrid and France)