Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora memuji aksi ditampilkan barisan pemain Penang FC sehingga menyebabkan kesukaran buat skuad bimbingannya pada aksi Liga Super 2021, malam tadi.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Ibrahim, Iskandar Puteri itu menyaksikan skuad Harimau Selatan memerlukan 10 minit terakhir untuk mendapatkan dua jaringan sekali gus berjaya mengukir kemenangan kedua.

Kesukaran jelas dihadapi oleh skuad juara Liga Super tujuh musim berturut-turut itu apabila pemain Penang FC terutamanya di jentera tengah dan pertahanan dilihat begitu berdisiplin dalam mengekang tekanan diberikan JDT.

Jaringan pertama menerusi Leandro Velasquez hanya menjelma pada minit ke-81 hasil sepakan penalti selepas penjaga gol Penang, Sam Somerville mengasari Gonzalo Cabrera dalam kawasan penalti.

Berselang tiga empat minit kemudian, Fernando Rodriguez melengkapkan kemenangan 2-0 setelah beliau menolak masuk bola dalam kawasan penalti setelah menerima hantaran daripada Safiq Rahim.

Sehubungan dengan itu, Mora melihat barisan pemain Penang FC telah membuatkan anak buahnya sukar untuk menguasai bahagian tengah dan sehingga menyebabkan mereka berada dalam tekanan sebelum akhirnya pemainnya mampu juga untuk mendapatkan jaringan.

“Ruang agak terhad terutama di posisi tengah untuk pemain saya bergerak dan terpaksa menarik keluar pemain lawan daripada berada dalam keadaan kompak.”

“Dengan cara itu barulah pemain saya mampu menyusup masuk dengan lebih agresif dan hasilnya dua gol berjaya dijaringkan,” ujar Mora menurut sumber dikeluarkan BH Online.

“Saya tidak nafikan pemain lawan pantas bertukar posisi untuk membantu rakan masing-masing dan berjaya menghalang beberapa percubaan berbahaya sehingga menyebabkan pemain JDT tampak beraksi dalam tekanan.”

“Apapun, Natxo [Insa], Afiq [Fazail] dan Leandro tidak tertipu dengan helah barisan pemain lawan selepas mereka bersungguh-sungguh menguasai posisi tengah. Anda dapat lihat sendiri beberapa umpanan berbahaya mampu dilakukan kepada Fernando (Rodriguez) dan Safawi,” tambah Benjamin Mora lagi.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Chong Yee Fatt Tetap Puas Hati Dengan Aksi Pemain Perak FC

Karsten Neitzel Tidak Berpuas Hati Selangor Tewas, Gesa Pemain Segera Bangkit

Angelino: “Liverpool Lebih Tertekan, Trent Adalah ‘Lubuk’ Untuk Kami Manfaatkan”