Bekas ketua jurulatih Kedah Darul Aman, Azraai Khor Abdullah berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan oleh salah seorang penyerang import pasukan itu iaitu Willian Lira.

Azraai memberi pendapat beliau selepas Kedah tewas kepada sELANGOR dalam saingan Liga Super dengan keputusan 3-2 dimana beliau menganggap ada peningkatan yang ditampilkan oleh skuad kendalian Nafuzi Zain itu walaupun hasil tidak memihak kepada mereka.

Menurutnya, aksi menentang Selangor merupakan persembahan terbaik yang ditampilkan oleh pemain Kedah setakat ini.

Ada banyak peningkatan dari segi corak permainan dan sedikit kelainan daripada sebelum ini. Saya setuju dengan Nafuzi Zain tak sepatutunya Kedah kalah sebab banyak kali di hadapan tapi Selangor berjaya buat comeback,” katanya.

Tambah Azraai Khor, kesemua pemain import Kedah mula menunjukkan peningkatan dan beliau berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan oleh Willian Lira.

“Persembahan kesemua pemain import Kedah ada peningkatan, atas faktor kesungguhan personally Lira saya nampak usaha dia terutama gol yang dia jaringkan.

“Semua bermain baik, tapi untuk kesungguhan saya bagi pada Lira untuk pertama kali kita lihat persembahan dia macam itu,” tambahnya.

Kekalahan di tangan Selangor menyaksikan Kedah ketika ini menghuni tangga kelima dengan 22 mata, dibezakan enam mata dengan Selangor yang kini menghuni tangga kedua.

Pada perlawanan Liga Super yang seterusnya, Kedah akan turun menentang Sabah di Stadium Darul Aman.