Arsenal bangkit dengan cara sangat dramatikbintik menewaskan Bournemouth 3-2 dengan gol lewat masa kecederaan.

Selain daripada jaringan minit akhir yang dramatik, Arsenal juga dinafikan penalti mereka oleh VAR sebanyak 3 kali.

Mentaliti yang kuat ini membuatkan Mikel Arteta minggu lalu menyatakan bahawa pemain pemain Arsenal benar benar mahukan kejuaraan EPL musim ini.

Arsenal ketinggalan dua gol sebelum menewaskan Bournemouth secara dramatik 3-2. 

Bournemouth mendahului hasil jaringan Philip Billing dan Marcos Senesi sebelum Arsenal bangkit pada separuh masa kedua dan mengubah keadaan menerusi jaringan Thomas Partey, Ben White dan Reiss Nelson.

Bournemouth mendahului dengan kurang 30 saat aksi bermula apabila Dango Ouattara memenangi bola di sebelah kanan kemudian menyilangkannya, yang disambar Philip Billing di hadapan gol untuk pembukaan.

Arsenal membalas dengan serangan pertama mereka pada minit ke-3. Bagaimanapun, sepakan Martin Odegaard masih ditepis penjaga gol Bournemouth, Neto sebelum lantunan ditendang Bukayo Saka dan masih dihadang pemain lawan.

Bournemouth hampir menggandakan kelebihan mereka pada minit ke-20 apabila Billing sekali lagi menjadi masalah Arsenal.

Solanke dan Ouattara tidak dikawal, tetapi Ouattara merembat bola, namun  Aaron Ramsdale masih mampu menghalang bola.

Ketinggalan 1 gol, Arsenal meningkatkan intensiti serangan mereka pada separuh masa kedua dan telah mengancam gawang Neto menerusi percubaan Odegaard pada minit ke-51.

Bagaimanapun, Bournemouth menggandakan kelebihan enam minit kemudian apabila Marco Senesi menanduk masuk sepakan sudut Joe Rothwell untuk menjadikan kedudukan 2-0 buat pelawat.

Jack Stephens hampir menjaringkan gol sendiri pada minit ke-61 selepas cuba menghadang hantaran lintang Bukayo Saka, tetapi bola itu hanya melepasi palang.

Arsenal berjaya menjaringkan gol seminit kemudian. Bermula dari situasi sepakan sudut, Neto menumbuk bola yang kemudiannya ditanduk oleh Smith Rowe.

Bola itu dikawal oleh Thomas Partey yang mudah merembatnya masuk menembusi gawang Bournemouth.

Skuad kendalian Mikel Arteta itu akhirnya menyamakan kedudukan pada minit ke-70 selepas hantaran lintang Reiss Nelson disambar dengan sepakan voli Ben Whitey.

Gol itu menyemarakkan semangat Arsenal untuk menjaringkan gol ketiga.

Apabila kelihatan seperti perlawanan akan berakhir dengan seri, Arsenal akhirnya menjaringkan gol kemenangan mereka pada masa kecederaan hasil rembatan kencang Nelson yang terus tepat menerjah gawang.

Bergema Emirates meraikan penamat sempurna untuk kebangkitan Arsenal pada masa kecederaan.

Kemenangan itu meletakkan Arsenal kembali lima mata di hadapan Manchester City, yang berada di tangga kedua.

The Gunners kini telah mengumpul 60 mata selepas 26 perlawanan manakala Bournemouth terperangkap di tempat ke-16 dengan 24 mata