Mikel Arteta berkata kemenangan 4-0 Arsenal ke atas Everton adalah ‘kenyataan’ yang menjelaskan cita-cita pemain pemain Arsenal yang mahu menjuarai gelaran Liga Perdana Inggeris atau EPL mereka.

Arsenal ditewaskan oleh Everton di Goodison Park hanya sebulan yang lalu, tetapi membalas dendam dengan bergaya di Emirates.

Gabriel Martinelli menjaringkan dua gol. 2 lagi gol adalah menerusi Bukayo Saka dan Martin Odegaard.

Martinelli tampil mengagumkan ketika Arsenal mengetepikan Everton untuk membuka pendahuluan lima mata di atas Manchester City dengan jumlah perlawanan yang sama.

Kini Arsenal masih ada 13 perlawanan sahaja lagi untuk diharungi bagi menamatkan kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris kelab itu.

Arteta berkata: “Ia adalah satu kenyataan bahawa kami berada di sini dan mahu terus melakukannya.”

Arsenal berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-40 menerusi Bukayo Saka.

Arteta berkata gol itu “membuka kunci” permainan untuk pasukannya dan membantu mereka mengembangkan keyakinan.

“Saya gembira dengan kemenangan ini dan cara kami bermain selepas 25 minit pertama,” kata Arteta kepada BBC Sport.

“Kami menghadapi beberapa kesukaran pada permulaan. Mereka sukar untuk dilawan.”

“Sebaik sahaja kami menjaringkan gol pertama, permainan dibuka. Kami memerlukan detik ajaib dan Bukayo menghasilkannya. Selepas itu kami berkembang dan layak memenangi perlawanan.”

“Dengan cara mereka [Everton] bermain, direct, bermain bola kedua, pendahuluan kecil tidak mencukupi. Kami bermain dengan sangat baik pada separuh masa kedua dan boleh menjaringkan lebih banyak gol.”

“Saya gembira apabila saya melihat pasukan bermain seperti yang kami mahukan.”

“Saya sangat gembira dengan kematangan dan kualiti yang kami tunjukkan.”

Arsenal berdepan tiga pasukan dari kelompok 10 terbawah Liga Perdana Inggeris dalam empat perlawanan seterusnya – Bournemouth, Crystal Palace dan Leeds, semuanya di tempat sendiri.

Keputusan positif dalam perlawanan perlawanan tersebut akan menyaksikan  mereka menghampiri kejuaraan liga pertama sejak 2004.

Arteta menjelaskan betapa pemain pemain Arsenal mahu menjuarai trofil EPL musim ini.

“Apabila anda melihat pemain setiap hari, anda boleh melihat betapa mereka mahukannya [kejuaraan EPL],” tambah Arteta.

“Mereka sangat bersedia untuk belajar. Mereka tidak akan pernah mempunyai maklumat yang mencukupi. Apabila anda mempunyai perkara itu dan bakat yang mereka ada, perkara yang baik akan berlaku.”

Kekalahan buat Everton adalah yang ketiga dalam empat perlawanan terakhir mereka dan mereka berada dalam zon penyingkiran, satu mata di bawah Leeds yang berada di tangga ke-17.

“Kami tidak naif. Saya tahu perkara itu ketika saya datang,” kata pengurus Sean Dyche, yang menewaskan Arsenal dalam perlawanan pertamanya mengendalikan Everton.

“Ada banyak kerja yang perlu dilakukan, saya tahu itu.”

“Setiap perlawanan adalah perlawanan yang besar. Saya telah memberitahu pemain itu. Kami bukannya berbeza sejuta batu daripada persembahan sebelumnya.”

“Tetapi kami perlu membuat butiran lebih baik.”