Vinicius Jr telah memakai but hitam atau disebut but toyu (kicap) oleh orang Malaysia, simbolik kepada berakhirnya kerjasama dia dengan Nike.

Beberapa bulan lalul, terdapat laporang menyatakan bahawa penyerang Vinicius Jr, yang bermain untuk Real Madrid dan pasukan kebangsaan Brazil dikatakan bertelagah dengan Nike.

Nike merupakan syarikat gergasi pembekal barangan sukan yang telah menaja Vini Jr. itu sejak dia berusia 13 tahun lagi.

Nike antara jenama yang sangat dekat dengan Brazil. Kerana saban tahun mereka menaja pemain pemain bola sepak dari Brazil.

Ada pemain yang mereka taja sejak di usia remaja dan sehinggalah mereka menjadi bintang.

Ketika di Qatar 2022 dia masih memakai boot Nike. Sebenarnya dia terikat dengan kontrak semasa, yang berlangsung sehingga 2028.

Namun selepas perbalahan dengan Nike, pihak Vini Jr. menuntut penamatan kontrak.

Mereka tidak berpuas hati dengan Nike kerana merasakan dirinya mendapat layanan tidak adil daripada syarikat itu.

Vini dan ejennya menghubungi peguam untuk menamatkan kontrak dengan Nike serta merta.

Ketika atlet Nike lain menerima tajaan but baharu daripada syarikat ini untuk bermain di Piala Dunia 2022 berlangsung di Qatar, Vini pula masih memakai but Nike Mercury dari koleksi lama.

Tindakan Nike itu seolah oleh merendah rendahkan status Vini Jr yang kini menjadi antara pemain sayap terbaik di dunia.

Dia membantu Real Madrid menjuarai UCL dan La Liga musim lalu. Menjaringkan gol tunggal kemenangan dalam aksi final UCL berhadapan dengan Liverpool.

Berita Vini Jr. bertelagah dengan Nike ini menarik perhatian banyak penaja dari kalangan syarikat pesaing yang lain.

Vini Jr. memang sudah tawar hati dengan Nike yang melayannya seperti itu. Mereka tidak berpuas hati dengan sikap pilih kasih Nike.

Puma antara jenama yang dilaporkan sudah menawarkan kontrak lumayan kepada Vini Jr.

Inilah gambar Vini pakai but toyu. Korang pernah pakai kan?