Malaysia berdepan dengan Turkmenistan dalam aksi persahabatan dan berjaya mencipta kemenangan 1-0.

Ada beberapa aspek permainan taktikal yang ingin kami gariskan.

Hantaran lolos Malaysia

Salah satu elemen penting dalam permainan Malaysia pada kali ini adalah aspek hantaran lolos.

Ianya membantu dalam permainan progresif di atas padang.

Keberanian dan usaha untuk bermain hantaran rendah dengan overlapping adalah sesuatu yang harus dipuji.

Tidak sakit kita melihat terlalu banyak hantaran tinggi.

Sejak awal lagi Malaysia banyak melakukan hantaran lolos melepasi pertahanan akhir Turkmenistan yang bermain pada garisan agak tinggi.

Malah gol sulung perlawanan juga dicetuskan dengan sistem ini. Di mana Akhyar Rashid bijak berada di bahu pertahanan lawan untuk mencetuskan gerakan pada masa yang tepat.

Satu corak taktikal yang baik daripada Malaysia. Ianya memerlukan latihan yang betul.

Pertarungan di tengah

Walaupun harus diakui, ianya bukan aksi terbaik di bahagian tengah oleh unit Malaysia. Namun Malaysia kompeten untuk tidak menyerahkan zon tengah tersebut kepada lawan.

Ianya menjadi kunci penting kepada pressing dan juga mematikan serangan lawan lebih awal.

Ini antara contoh bagaimana Malaysia lebih baik dalam aspek pressing di tengah. Memaksa lawan mereka melakukan kesilapan.

Ketika menyerang, Malaysia cuba bermain permainan kombinasi di tengah. Turkmenistan ternyata tidak memiliki unit tengah yang baik dalam perlawanan ini.

Mereka seringkali menyerang dengan 4-2-4. Ketika diserang balas, unit mereka lambat untuk reshape dan melakukan tekanan.

Pertarungan kecergasan

Kedua dua jurulatih menggariskan aspek kecergasan selepas tamat perlawanan.

Namun Malaysia memiliki tahap kecergasan lebih baik.

Pengendali Turkemenistan, Mergen Orazov menyatakan bahawa, salah satu sebab mereka bergelut adalah pemain masih keletihan kerana perjalanan ke Malaysia. Dan juga liga di negara mereka yang masih belum bermula.

Ini bukti Malaysia bukan lagi pasukan yang boleh dibuli dengan mudah.

Secara profesionalnya, Turkemenistan belajar bahawa, untuk berdepan pasukan Malaysia, mereka harus mempersiapkan diri dengan lebih baik.

Kim Pan Gon masih menggariskan isu yang sama. Di mana Malaysia masih bergelut untuk mencapai tahap kecergasan dan fizikal yang dia mahukan.

Kerana menurutnya, tahap yang ada tidak cukup bagus untuk bermain dalam Piala Asia.

Rumusan

Ianya adalah aksi yang selayaknya dimenangi oleh Malaysia. Dari segi permainan Malaysia memperbaiki aksi permainan berpasukan di tengah dan banyak menghadirkan ancaman di half space menerusi Faisal Halim dan juga Akhyar Rashid.

Seterusnya kredit juga kepada barisan pertahanan yang berjaya mencipta clean sheet dalam perlawanan ini.

Harus diakui bahawa, Malaysia masih perlu meningkatkan lagi aspek kecergasan demi mencapai intensiti yang diharapkan. Ianya cabaran getir terutama sekali dengan diet yang berubah pada bulan Ramadan ini.

Namun pastinya kejurulatihan Kim Pan Gon sudah menyediakan latihan khas.