Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Kelab Arab Saudi Al Hilal dilaporkan bersedia membuat tawaran tak masuk akal untuk Lionel Messi yang mencecah €300 juta setahun.

Artikel Berkaitan:

Messi kini masih lagi bermain untuk Paris Saint-Germain, akan menyaksikan kontraknya akan berakhir pada akhir musim ini.

Menurut jurucakap PSG, Messi telah ditawarkan lanjutan kontrak, tetapi pemenang Piala Dunia dan tujuh gelaran Ballon d’Or masih belum bersetuju untuk menandatangani kontrak baharu.

Terdapat beberapa pilihan di tangan Messi ketika ini termasuk kepulangan semula ke Barcelona atau menamatkan karier di Amerika Syarikat menyertai Inter Miami.

Messi pernah menyatakan bahawa dia sentiasa mempertimbangkan untuk beraksi di Amerika Syarikat kerana dia dan isterinya sukakan kehidupan di negara itu.

Messi
Kredit Foto: Twitter FIFA World Cup

Kini satu lagi kelab menyertai persaingan mendapatkan Messi iaitu Al Hilal.

Menurut Mundo Deportivo, Al Hilal sedang mengintai peluang untuk membawa masuk Messi. Kelab seteru Al Nassr bersedia untuk membuat tawaran hebat untuk Messi, yang nilainya telah mengatasi pesaingnya, Cristiano Ronaldo.

Ronaldo, baru sahaja menyertai Al Nassr dengan bayaran yang menakjubkan. Bekas pemain Manchester United dan Real Madrid itu menerima €200 juta setahun.

Itu yang menjadikan Ronaldo ketika ini menjadi atlet dengan kontrak paling mewah di dalam sejarah.

Mungkin tercabar dengan kejayaan Al Nassr mendapatkan Ronaldo, maka Al Hilal sedia membelanjakan wang luar biasa untuk mendapatkan Messi dengan tawaran sehingga €300 juta setahun.

Tawaran gila daripada Al Hilal itu dianggap sukar untuk ditolak Messi. Dan jika itu berlaku, Messi akan sekali lagi mengatasi Ronaldo dari segi kontrak.

Memandangkan pemain PSG itu baru sahaja mengatasi Ronaldo dalam kejayaan memenangi Piala Dunia.

Messi dianggap pilihan terbaik untuk ditandatangani memandangkan Arab Saudi juga menjadikan Messi sebagai duta pelancongan negara itu dalam usaha mereka turut mempromosi diri mereka sebagai calon tuan rumah bersama Mesir dan Greece untuk menganjurkan Piala Dunia 2030.

Hasrat Arab Saudi itu semakin kuat selepas kejayaan Qatar menganjurkan Piala Dunia 2022 baru baru ini.

Arab Saudi dikenali dengan sikap selalu tak nak kalah dengan negara jiran mereka itu dalam segala aspek.