Baru-baru ini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyatakan dua pemain berdarah campuran yang berpangkalan di Eropah berada dalam radar mereka untuk didaftarkan bagi memperkuatkan skuad Harimau Malaya.

Sebelumnya, FAM mengesahkan mereka telah menghantar dokumen mengenai hasrat untuk menjadikan bekas pemain Kedah dan Melaka United, Liridon Krasniqi serta penyerang Kuala Lumpur, Guilherme De Paula sebagai pemain naturalisasi kepada Kementrian Dalam Negeri (KDN).

Di sini, kami menyenaraikan 5 pemain kacukan yang berkemungkinan besar berada dalam radar FAM untuk diserapkan bagi mewakili pasukan kebangsaan.

1. Julian Bechler

Julian Bechler
Sumber Gambar: Tus Hornau

Bechler baru sahaja menandatangani kontrak bersama Johor Darul Ta’zim dimana beliau kini beraksi bersama JDT III. Penjaga gol berusia 17 tahun ini pernah beraksi di Jerman bersama Tus Hornau. Julian turut mempunyai adik bernama Josua dimana beliau pernah beraksi bersama skuad JDT B-17 tahun.

2. Armin Maier

Armin Maier merupakan bekas pemain skuad bawah 22 tahun Singapura dimana beliau pernah menyertai sesi ujian bersama Johor Darul Ta’zim II. Pemain berusia 21 tahun ini juga pernah beraksi bersama kelab divisyen 2 Switzerland, FC Kreuzligen.

3. Hong Wan
Hong Wan

Pemain berusia 18 tahun ini pernah dilantik sebagai ketua pasukan Yeovil Town B-18 tahun. Hong wan beraksi di posisi tengah dimana beliau merupakan produk daripada akademi Charlton Athletic.

4. Kobe Chong

Kobe Chong
Sumber Gambar: Football Tribe

Pemain berdarah campuran Malaysia-Jamaica ini pernah beraksi di Itali apabila menyertai pasukan Cagliari B-17 tahun dibawah kendalian Martino Mellis. Kobe beraksi di posisi pemain tengah menyerang dan beliau dikhabarkan telah berjumpa dengan FAM untuk melihat peluang beraksi bersama skuad Harimau Malaya.

5. Quentin Cheng

Pemain tengah berusia 19 tahun ini beraksi bersama Central Coast Mariners B-21 di Liga Australia. Quentin turut mempunyai adik yang bernama Braden yang turut beraksi di Australia bersama North Shore Mariners.

Itulah dia 5 pemain kacukan yang berkemungkinan besar berada dalam radar FAM untuk diserapkan bagi mewakili pasukan kebangsaan. Apa yang pasti, pemain yang dipilih harus mempunyai kualiti agar dapat membantu meningkatkan lagi persembahan serta memperbaiki kedudukan dalam ranking FIFA skuad Harimau Malaya.