Pasukan kebangsaan Singapura membuat sedikit perubahan sebelum perlawanan kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Arab Saudi dan Uzbekistan dimana ketua jurulatih, Tatsuma Yoshida menggantikan Shakir Hamzah dengan Zulfahmi Arifin.

Shakir terpaksa digugurkan kerana pemain yang beraksi dengan pasukan Kedah dalam saingan Liga Malaysia itu mengalami kecederaan dan tidak sempat pulih menjelang dua perlawanan yang akan dihadapi. Tatsuma kemudiannya mengambil keputusan untuk memanggil Zulfahmi bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Shakir.

Zulfahmi Arifin
Shakir Hamzah

Kali terakhir ketua pasukan Hougang United itu beraksi bersama The Lions ialah pada Jun lalu dalam satu perlawanan persahabatan menentang pasukan Myanmar. Zulfahmi Arifin telah membuat sebanyak 42 penampilan di peringkat antarabngsa bersama Singapura dan setakat ini beliau telah menyumbang satu gol.

Setelah mencatat keputusan seri ketika menentang Jordan dalam satu perlawanan pemanas badan pada Sabtu lalu, Singapura akan bertandang ke Buraidah untuk menghadapi Arab Saudi pada 10 Oktober ini.

Juara empat kali saingan Piala AFF itu kemudiannya akan berdepan pasukan Uzbekitan di Stadium Nasional pada 15 Oktober.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan Singapura di sini:

Penjaga Gol Skuad B-16 Singapura Bakal Jalani Percubaan Dengan Cardiff City

Singapura Terajui Kumpulan D Selepas Mengejutkan Palestine

Penyerang FELDA United, Khairul Amri Umum Persaraan Daripada Pentas Antarabangsa