Pemain skuad kebangsaan Singapura semakin mendapat perhatian kelab dari saingan Thai League apabila baru-baru ini pemain pertahanan, Zulfahmi Ariffin sah menyertai Suphanburi bagi saingan musim 2020.

Zulfahmi beraksi bersama Hougang United dalam saingan Singapore Premier League (SPL) musim 2019 dimana beliau membantu kelab tersebut menamatkan saingan Liga di tangga ketiga yang mana merupakan catatan terbaik sepanjang sejarah Hougang.

Zulfahmi Ariffin
Sumber Gambar: Twitter

Setelah menampilkan persembahan terbaik bersama Hougang, Zulfahmi mendapat tawaran yang sukar untuk ditolak dan akhirnya beliau menyertai Suphanburi FC.

Menurut Zulfahmi, pengalaman beraksi bersama Chonburi FC selama satu musim sebelum ini akan dimanfaatkan dengan baik bagi memastikan beliau tampil dengan prestasi yang cemerlang bersama kelab baharunya.

“Saya mempunyai musim yang baik bersama Chonburi. Pengalaman itu akan membantu saya dan saya harap dapat kekal di sini untuk satu tempoh masa yang lama.

Zulfahmi Ariffin
Sumber Gambar: FAS

“Saya hanya mahukan musim yang baik bersama Suphanburi dan mahu membalas kepercayaan serta keyakinan yang telah diberikan oleh jurulatih kepada saya,” kata Zulfahmi Ariffin menurut laporan TNP.

Zulfahmi menjadi pemain Singapura keempat yang beraksi dalam saingan Thai League selepas Baihakki Khaizan ( Prachuap), Izwan Mahbud (Trat FC) dan Irfan Fandi (BG Pathum United).

Baca artikel lain mengenai pemain kebangsaan Singapura di sini:

Safuwan Baharudin Sah Sertai Pasukan Selangor

Khairul Amri Sah Kekal Bersama Felda United Musim Depan

Hariss Harun Kecewa Banyak Kerusi Kosong Di Larkin