Kelab Bola Sepak The Red Warrios Kelantan (TRW Kelantan) semalam telah mengumumkan tiga pemain tempatan baharu yang menyertai pasukan itu ketika jendela perpindahan kedua Liga Malaysia.

Antara nama yang mencuri tumpuan ialah bekas pemain skuad kebangsaan iaitu Zubir Azmi yang mempunyai pengalaman luas beraksi dengan pasukan Liga Super seperti Terengganu, Pahang dan Sabah.

Ketibaan Zubir disambut baik oleh penyokong setia Kelantan kerana pasukan itu amat memerlukan pemain yang berpengalaman untuk memperkuatkan benteng pertahanan bagi mengharungi baki perlawanan Liga Premier musim ini.

“Saya akui sangat bangga apabila mendapat panggilan dari pihak pengurusan yang mahu menggunakan khidmat saya untuk membantu pasukan The Red Warriors yang bakal bermula perlawanan menentang Perak FC II minggu hadapan” kata Zubir.

“Terima Kasih ‘Wira-12’ kerana menerima kehadiran saya bersama pasukan The Red Warriors ini, tanpa sokongan anda siapalah kami,” tambahnya.

Beliau juga diberi kepercayaan oleh pihak pengurusan untuk membantu membimbing pemain-pemain muda Kelantan FC.

“Sebagai pemain bolasepak, saya mahu karier saya kekal dan bertekad untuk membuat sesuatu kepada pasukan ini untuk membalas jasa baik pihak pengurusan yang memberi Kepercayaan kepada saya dan akan mencurahkan segala pengalaman yang ada untuk pemain muda Kelantan FC”, jelasnya Zubir.

Zubir akui ada visi dan misi beliau yang tersendiri setelah sah menyarung jersi TRW Kelantan FC.

“Sasaran saya mestilah untuk membawa pasukan ini melangkah ke Liga Super, dan bertekad untuk memberi persembahan yang terbaik untuk memperoleh kemenangan setiap perlawanan,” ujarnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah. 

Prestasi Cemerlang Bersama Skuad Kebangsaan Tingkatkan Keyakinan Khairul Azhan

JDT Dedahkan Pelan Lantai Dan Reka Bentuk Pusat Latihan Baharu Yang Serba Canggih

J. Partiban Nasihatkan Pemain Muda Berhijrah Ke Pasukan Lain Untuk Dapatkan Lebih Banyak Minit Permainan

Natxo Insa Tampil Cemerlang, Tiba Masa Kembali Beraksi Bersama Harimau Malaya?