Zlatan Ibrahimovic meragui keinginan Kylian Mbappe untuk beraksi di persekitaran yang lebih mencabar untuk mencapai potensi terbaiknya.

Mbappe kini berusia 22 tahun, dilihat sebagai pemain yang bakal menggantikan legasi Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi.

Mbappe sudah menjuarai Piala Dunia dan 4 Ligue 1 dalam kariernya. Dan perjalanan kariernya masih panjang. Serta banyak piala lagi akan menjadi koleksi Mbappe termasuk Ballon D’Or juga mungkin akan menjadi miliknya suatu hari nanti.

Ibrahimovic berpendapat, Mbappe harus mencabar diri dia untuk beraksi di tempat yang lebih sukar dan bukannya di zon selesa beliau sekarang.

Zlatan berkata: “Saya suka Mbappe, namun dia belum cukup melakukan banyak perkara.”

“Dia boleh menjadi pemain yang lebih kuat jika dia sanggup menderita. Dia perlu menikmati ‘darah’ dan berjalan di atas api. Dikelilingi oleh orang orang yang berkata: kamu tak cukup bagus!.”

“Ini akan membuatkan kamu menjadi yang terbaik.”

Sebelum ini Nicolas Anelka antara yang menyarankan agar Mbappe keluar dari Liga Perancis. Misalnya berhijrah ke Real Madrid yang dilihat sangat berminat dengan Mbappe.

Anelka berkata pada Julai lalu: “Mbappe ada dua pilihan, kekal di PSG atau berpindah ke Real Madrid.”

“Kedua dua pasukan ini berpeluang memenangi UCL pada hari ini. Dulu masa saya di PSG, ianya mustahil.”

“Sekarang ini, pilihan di tangan kamu, bergantung kepada apa yang kamu mahu capai. Kalau kamu mahukan lebih penghargaan, maka tinggalkan PSG.”

“Sebenarnya, apa yang dia lakukan di Paris itu sangat bagus, namun sentiasa ada orang akan kata: Di Perancis, cuma PSG sahaja pasukan yang kuat’.”

“Liga terbaik di dunia adalah di Sepanyol atau England. Sekarang ini kamu tidak bersaing dengan pemain pemain terbaik dalam liga terbaik.”

“Kalau nak menang Ballon d’Or, kamu harus mencontohi Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, sedia untuk bersaing dengan pemain pemain terbaik.”

“Kamu tak boleh kata kamu bersaing dengan yang terbaik di Perancis jika kamu bermain untuk PSG. Liga Perancis sukar, jangan pula salah anggap tentang kenyataan saya. Namun liga paling sukar adalah England.”