Hakim Ziyech memulakan kariernya di Chelsea dengan cemerlang musim ini sebaik sahaja dia cergas beraksi musim ini.

Ziyech sebelum ini menjaringkan gol ke atas Krasnodar pada aksi Liga Juara Juara Eropah. Dan semalam beliau menjaringkan gol sekali lagi untuk Chelsea – kali ini dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Dengan itu, maka Ziyech menjadi pemain Chelsea yang pertama sejak Diego Costa pada 2014 – menjaringkan 2 gol dalam 2 permulaan perlawanan dalam semua pertandingan.

Musim tersebut Diego Costa membantu Chelsea menjuarai Liga Perdana Inggeris. Pastinya Ziyech berharap impak yang sama dapat dijelmakan dalam pasukan berbelanja paling besar musim ini.

Ziyech menjaringkan gol pembukaan pasukannya pada minit ke-26.

Chelsea membayar £37 juta kepada Ajax untuk Ziyech. Beliau kemudian bergelut dengan kecederaan.

Ziyech melakukan debut pada 17 Oktober lalu, namun bukan sebagai pemain kesebelasan utama. Ziyech juga dimasukkan sebagai pemain gantian ketika menentang Manchester United dan kemudian ketika berdepan Sevilla di UCL.

Chelsea berjaya memenangi aksi menentang Burnley 3-0. Dengan dua lagi gol Chelsea adalah menerusi Kurt Zouma dan juga Timo Werner pada separuh masa kedua.

Frank Lampard mengakui gembira dengan prestasi pasukannya terutama sekali pertahanan yang berjaya mencetak clean sheet sekali lagi.

Baca juga perkembangan lain

Maaf Milan, Dalot Bukan Untuk Dijual

Tonali Sudah Temui Rentak

Ini Alasan Solskjaer Tidak Menyenaraikan Rashford Di Kesebelasan Utama