Hakim Ziyech akan di dibenarkan menyertai Chelsea selepas kontrak beliau tamat tanpa perlu melanjutkan khidmatnya di Ajax untuk beberapa bulan lagi.

Hal ini selepas Eredivisie mengesahkan bahawa Liga Belanda secara rasminya dibatalkan.

Menerusi persidangan melibatkan 38 wakil kelab, Liga Belanda bersetuju untuk membatalkan musim ini.

Eredivisie juga menegaskan bahawa tiada pemenang dan tiada pemenang dan tiada penyingkiran untuk musim ini.

Ajax Amsterdam dan AZ Alkmaar terikat dengan mata yang sama di puncak liga.

Belanda melarang sebarang acara besar termasuk acara sukan sehingga 1 September. Ini kerana negara tersebut sedang lockdown Koronavirus.

Hakim Ziyech sebelum ini sudah diumumkan sebagai pemain Chelsea dengan perjanjian £37 juta.

1587782172639

Beliau akan menyertai pasukan itu pada musim hadapan. Namun ketika ini, liga bola sepak di Eropah sedang ditangguhkan kerana covid-19.

Dan UEFA sedang memikirkan langkah untuk meminta kontrak pemain dilanjutkan dalam klausa khas.

Laporan dari Belanda menyebut, pemain itu diberikan kebebasan untuk pergi lebih awal sebelum Jun.

Namun begitu, Hakim Ziyech tidak boleh didaftarkan dalam pasukan Chelsea pada baki musim ini. Tetapi beliau boleh menyertai pasukan itu untuk latihan.

Ziyech merupakan pemain pertama byang dibeli oleh Frank Lampard sejak beliau menjadi pengendali pasukan Chelsea.

Beliau adalah pemain yang dibawa masuk untuk menggantikan Pedro yang akan meninggalkan pasukan selepas tamat musim ini.

Baca juga berita dari Eropah yang lain:

RASMI: Eredivisie Dibatalkan, Ajax Dan AZ Alkmar Tak Juara

UEFA Pertimbang Mansuhkan Penggunaan VAR Untuk Baki Saingan

Newcastle Intai Khidmat Pochettino, Cavani, Mertens Dan Willian