Zinedine Zidane akan menjadi pengurus Perancis pada Januari 2023 menurut laporan Libertad Digital.

Atau secara ringkasnya, Zidane akan menjadi pengurus Perancis selepas Piala Dunia 2022.

Jadi, apa sahaja keputusan yang dicapai oleh Perancis dalam Piala Dunia 2022, termasuk juara dunia sekali lagi sekalipun, Zidane akan tetap menjadi pengurus baharu Perancis.

Libertard Digital mendedahkan bahawa mereka mendapat tahu bahawa FA Perancis (FFF) sudah pun ada kesepakatan dengan Zidane bahawa bekas pengurus Real Madrid itu akan menjadi pengurus baharu Perancis bermulai 2023.

zidane pengurus perancis
Soccer Football – 2022 Ballon d’Or – Chatelet Theatre, Paris, France – October 17, 2022 Former player and manager Zinedine Zidane presents the Ballon d’Or award REUTERS/Benoit Tessier

Zidane sebelum ini pernah menyatakan bahawa impiannya adalah untuk mengendalikan skuad kebangsaan Perancis pada suatu hari nanti.

Terdapat tekanan pada kem Perancis selepas kegagalan pada Euro yang lalu. Di mana ramai yang merasakan bahawa Zidane seharusnya menggantikan Deschamps.

L’Equipe pernah mengeluarkan laporan bahawa Zidane menolak tawaran beberapa kelab besar termasuk Manchester United dan tawaran lumayan dari Arab kerana dia mahu menunggu tawaran dari Perancis.

Pada 7 Jun 2021, hanya beberapa hari selepas Zidane memutuskan untuk meninggalkan Real Madrid, Libertad Digital melaporkan rancangannya: untuk tidak melatih mana-mana kelab dan menunggu selama yang diperlukan untuk menjadi jurulatih Perancis. Ia adalah matlamatnya, impiannya dan ia akan dipenuhi selepas Piala Dunia di Qatar.

Sumber Gambar: Fox Sport Asia

Zidane telah mendapat tawaran untuk menukar pelan hala tujunya sepanjang tahun setengah ini sejak dia menamatkan peringkat kedua di Real Madrid.

PSG adalah kelab terakhir yang cuba mendapatkan khidmatnya, tetapi Zidane tidak mahu mendengar sebarang tawaran lain, bukan sahaja daripada PSG atau Manchester United.

Sasaran dan matlamat utamanya adalah pasukan Perancis dan ini akan menjadi peringkat kedua fasa karier beliau sebagai jurulatih.

Zidane dikatakan sudah sangat berpuas hati dengan kerjayanya di Real Madrid terutama sekali dengan rekodnya yang memenangi 3 UCL bersama kelab itu sebagai pengurus.

Zizou tidak pernah menyembunyikan hasratnya namu kekal menghormati Deschamps.

Jun lalu, apabila ditanya mengenai pasukan Perancis, dia mengulas bahawa “Saya belum selesai dengan bleus”.

Noel Le Graet , presiden Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF), ditanya tentang kemungkinan kedatangan Zidane sebagai jurulatih, yang dia menjawab: “Zidane suatu hari nanti akan menyertai pasukan Perancis. Bila? Saya tidak tahu.”