Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Zinedine Zidane telah mendapat banyak tawaran daripada kelab di sekitar Eropah yang mahukan khidmatnya.

Zidane melepaskan jawatannya di Real Madrid sebagai langkah mengambil tanggungjawab di atas kegagalan Real Musim ini dalam kempen La Liga dan juga UCL.

Zidane juga menegaskan bahawa beliau ketika ini agak letih dengan sesi latihan. Sebenarnya ramai percaya Zidane bukan letih dengan latihan tetapi lebih kepada letih dengan sikap Florentino Perez.

Jawatan pengurus Real Madrid digalas oleh Carlo Ancelotti yang meninggalkan Everton serta merta sebalik sahaja menerima tawaran daripada Madrid.

Terkini Zidane sudah menetapkan bahawa beliau mahu berehat daripada pengurusan sehinggalah beliau menerima tawaran daripada pasukan kebangsaan Perancis. Ianya adalah jawatan impian Zidane.

Oleh itu Zidane tidak akan melayan mana mana tawaran daripada kelab pada ketika ini walaupun setinggi mana gaji yang mereka tawarkan.

Zidane berminat untuk menggantikan Didier Deschamps sebagai pengurus pasukan kebangsaan Perancis apabila bekas rakan sepasukannya itu mengunurkan diri kelak. Zidane merupakan kapten legenda Perancis dan pemain yang membantu mereka menjuarai Piala Dunia 1998.

Zidane tahu namanya antara yang berada dalam senarai calon untuk menggantikan Deschamps. Jadi beliau akan cuba menantikan peluang itu dengan sabar.

Perancis akan beraksi dalam Euro tahun ini. Di mana mereka diletakkan sebagai pasukan pilihan dengan status sebagai juara dunia.

Baca juga artikel

Deschamps Tembak Mourinho: “Spurs Pun Tak Ada Kelemahan Tapi Tak Menang Piala”

Mourinho: “Saya Yakin England Boleh Juara, Kamu Harus Percaya Juga”

TERKINI: Conte Tamatkan Rundingan Dengan Spurs, Kerana Isu Gaji Dan Sasaran Tak Realistik

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group