Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Seperti yang dilaporkan L’Equipe, PSG sebelum ini sudah menghubungi Zinedine Zidane untuk mengisi jawatan pengurus.

Zidane menjadi puzzle penting untuk PSG melepaskan Pochettino ke Manchester United. Kerana bekas pengurus Spurs itu berminat dengan jawatan pengurus tetap di Manchester United.

PSG juga merasakan kehadiran Zidane akan membantu mereka untuk meyakinkan Mbappe untuk terus kekal bersama dengan mereka.

Namun laporan terbaru mendedahkan bahawa rundingan tersebut gagal mendapat kata sepakat. Kerana Zidane tidak yakin akan dapat bekerjasama dengan hierarki PSG terutama sekali Leonardo yang merupakan Pengarah Sukan PSG.

Zidane mendapat tahu bahawa di PSG, pengurus tidak memiliki kuasa yang besar. Kerana seringkali berlaku campur tangan daripada Leonardo dan juga pemilik kelab.

Sebelum ini Thomas Tuchel pernah menyatakan bahawa beliau sukar menjadi pengurus di PSG kerana skop kerja kadang kadang di luar bidang.

Tuchel menganggap PSG adalah tempat di mana dia tidak menikmati dunia kejurulatihan seperti dia di Chelsea.

Thomas Tuchel membuat satu pengakuan berani kepada La Gazzetta dello Sport. Di mana pengurus asal Jerman itu menyatakan bahawa dia lebih selesa mengendalikan Chelsea berbanding dengan PSG.

Ini kerana Chelsea memberikannya pengalaman menjadi pengurus bola sepak sebenar sekali lagi, seperti mana di Mainz dan Dortmund. Sementara di PSG terlalu banyak karenah terutama sekali melibatkan bintang bintang besar mereka.

Tuchel turut menyindir Neymar dan Mbappe kerana sikap diva dua orang pemain tersebut. Walaupun ramai pengurus berimpian mahu memiliki Neymar dan Mbappe di dalam pasukan, namun Tuchel berbeza pendapat selepas apa yang dilaluinya.

Tuchel memberikan perbandingan bahawa, dia lebih selesa menguruskan Lukaku berbanding dengan Neymar dan Mbappe. Beliau berkata kepada Gazetta Dello Sport: “Ianya lebih mudah melatih Lukaku berbanding Neymar dan Mbappe.”

Sebelum ini, ketika di PSG, Tuchel pernah berhadapan dengan masalah yang dicetuskan oleh Mbappe dan Neymar.

Malah, pada satu ketika Tuchel pernah mendenda Mbappe kerana datang lewat ke pusat latihan dan menyisihkan pemain itu ke bangku simpanan.

Neymar pula, Tuchel pernah pening kepala ketika pemain itu merengek mahu ke Barcelona dan tak mahu pulang ke Paris. Ketika itu Neymar berada di Brazil dan tidak melapor diri seperti yang diminta oleh Tuchel untuk pra musim.

Sehinggakan media di Perancis menuduh Tuchel sebagai kecut dengan dua bintang tersebut dan membiarkan mereka melakukan apa sahaja mereka suka.

Berbanding di Stamford Bridge, para pemain Chelsea lebih profesional. Itu menurut Tuchel.

Tuchel membantu Chelsea menjuarai UCL dan Liga Super Eropah baru baru ini. Beliau menyatakan bahawa Chelsea dan PSG adalah dua kelab yang sangat jauh bezanya.

“Kedua dua kelab sangat berbeza dari segi gaya pengurusan dan struktur organisasi.”

“Di PSG saya seperti Menteri Sukan. Di mana saya juga harus menguruskan hal ehwal keluarga para pemain bintang ini termasuk kawan kawan mereka.”

“Di Chelsea, saya berkerja dengan lebih tenang.”

Seterusnya, Mauricio Pochettino juga dilaporkan berdepan dengan dilema yang sama. Di mana pengurus itu perlu berhadapan dengan ego daripada para pemain seperti Neymar, Mbappe dan Messi.

Messi sebelum ini pernah menunjukkan reaksi yang tidak menggembirakan ketika beliau dikeluarkan. Walaupun selepas itu Pochettino menyatakan bahawa Messi faham bahawa dia dikeluarkan sebagai langkah berjaga jaga kerana kecederaan.

Budaya kerja di PSG membuatkan Zidane menjadi kurang yakin bahawa dia akan mampu mengendalikan pasukan seperti PSG.

Zidane tidak menolak sepenuhnya peluang ke PSG. Mungkin kelab itu perlu memberikan beliau jaminan tentang kuasa pengurus yang lebih dominan untuk menarik minatnya.

Zidane mahukan kawalan sepenuhnya dalam isu berkaitan dengan sukan di kelab tersebut.

Misalnya di Real Madrid, Zidane tidak ada masalah menyisihkan pemain seperti Gareth Bale yang dianggap sudah tidak berada dalam perancangannya. Adakah di PSG dia mendapat kebebasan serupa?

Baca juga artikel

TERKINI: Ralf Rangnick Capai Kesepakatan Jadi Pengurus Interim Manchester United

Henry Ingatkan PSG Tak Akan Juara UCL Jika Trio Bintang Malas Bertahan

UCL: Turunkan Trio Mahal, PSG Terkena ‘Comeback’ Manchester City

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group