Pasukan Zinedine Zidane sekali lagi keciciran mata. Kali ini mereka bergelut dalam aksi berdepan dengan Osasuna. Zidane kemudian membidas pengurusan tertinggi La Liga kerana tidak menunda aksi tersebut walaupun ada impak daripada ribut filomena.

Dalam aksi yang berlangsung di El Sadar, skuad Real Madrid malah gagal mencatatkan sebarang on target pada separuh masa pertama.

Zidane kemudian menyatakan, pasukannya gagal menang kerana kondisi padang yang teruk kerana salji. Selain daripada persediaan Real Madrid yang menurut Zidane terganggu.

Pasukannya terperangkap di lapangan terbang selama 2 jam kerana landasan lapangan terbang dilitupi salji.

Zidane malah tidak pasti sama ada pasukannya boleh terbang balik ke Madrid semula kerana impak daripada ribut salji tersebut. Dan Zidane menegaskan beliau sangat tergamam apabila mendengar perlawanan diarahkan untuk diteruskan.

“Kita melakukan apa yang kita mampu di atas padang. Namun ini bukan lagi perlawanan bola sepak. Keadaan padang sangat sukar, semuanya serba tak kena berlaku dalam 2 hari kebelakangan ini. Ianya sangat rumit.”

“Kami sendiri tak pasti sama ada kami boleh balik dan kami hanya menunggu bagaimana perkara ini akan diselesaikan.”

“Jelas sekali, aksi berdepan Osasuna ini harus ditunda, itu yang jelas.”

“Ianya tidak menepati piawaian keadaan untuk bermain bola sepak. Sama ada kepada kami, kepada pasukan lawan dan masyarakat di sekitar.”

“Malang sekali kami kena ikut kehendak semua orang [pentadbiran La Liga] yang mahu ia diteruskan.”

Zidane diminta menjelaskan, adakah beliau merasakan pasukannya dianiaya oleh La Liga? Zidane menyatakan: “Saya tak berminat mengulas perkara sebegini.”

“Kami sudah melaksanakan apa yang mereka arahkan, kami bermai, dan itu sahaja. Selepas ini kami harus memikirkan soal pulih semula walaupupun kami tak dapat balik terus ke Madrid esok.”

“Jika kami balik pada Isnin, kami ada satu lagi perlawanan pada Rabu.”

Baca juga perkembangan lain

Selepas 2 Bulan Michael Oliver Akui Silap, Pickford Patut Kad Merah

Casillas Nasihatkan Donnarumma Pindah Ke Kelab Yang Lebih Betradisi Dan Kuat Di Eropah

Piala FA: 2 Gol Masa Ekstra Arsenal Singkirkan Newcastle